
Tips Hidup Di Bawah Kemampuan
Sedia maklum, pakar-pakar ekonomi dunia meramalkan akan berlakunya krisis ekonomi dunia pada tahun 2023. Jika ianya benar-benar terjadi, persediaan menghadapi krisis tersebut sepatutnya bermula sekarang, iaitu pada tahun 2022 ini.
Bagaimana persediaan menghadapi krisis ekonomi ini?
Paling asas, mula menyimpan dan merancang kembali perbelanjaan hari anda.Berbelanjalah dengan penuh berhemah mengikut keperluan, bukannya kehendak.
Tips Hidup Di Bawah Kemampuan
Apakah cara terbaik untuk hidup di bawah kemampuan anda?
Jauhi hutang walaupun apa bentuknya.

Berbelanja ikut keperluan dan bukan ikut kemampuan dan yang penting jangan ikut kemahuan.
Kalau gaji anda mampu pakai Honda Jazz, jangan pakai dulu walaupun kita fikir tak ada masalah nak bayar ansuran setiap bulan.
Apa kata pakai sahaja Produa Axia, tak pun pakai sahaja Proton Saga. Kereta biasa-biasa, asalkan anda boleh gerak dari point A ke point B.
Kalau masih bujang, tak perlu nak beli kereta selepas mendapat gaji pertama. Guna saja pengangkutan awam, GRAB car ataupun pindah rumah yang lebih dekat dengan tempat kerje. Jalan kaki pun boleh sampai.
Biar kita nampak tak berharta, asalkan poket anda kaya.
Kalau anda sudah commit dengan hutang kereta, bukan senang skip bayaran bulanan dengan bank. Terpaksa jadi hamba bank selama 9 tahun.
Ramai orang hidup di luar kemampuan dengan cara berhutang, buat ansuran, pakai kad kredit dan terjebak dengan skim bayaran mudah.
Ambil dulu, bayar kemudian. Ini la jerat-jerat hutang. Indah di mata, sakit dijiwa.
Golongan ini suka ambil mudah dengan hutang dan membuatkan mereka hidup di luar kemampuan.
Berhutang itu difikir normal, kalau tak berhutang tak merasa la jawabnya. Sebab itu semakin lama anda bekerja, terasa semakin miskin walupun gaji setiap tahun naik.
Anda tak beli bukan sebab kita tak mampu, tapi anda belum cukup alasan untuk ketegorikan ia sebagai aset yang benar-benar perlu.
#tipskewangan