Jadual Tarikh Gaji Penjawat Awam 2023
Tarikh pembayaran gaji bagi penjawat awam untuk tahun 2023 telah pun dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara melalui SURAT PEKELILING AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA BILANGAN 4 TAHUN 2022: TARIKH DAN PERATURAN PEMBAYARAN EMOLUMEN TAHUN 2023.
Berikut adalah jadual pembayaran gaji tahun 2023 untuk kakitangan Awam.
Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2023
Penetapan tarikh-tarikh ini ditetap berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP) 105 yang berkuat kuasa selaras dengan surat Kementerian Kewangan Malaysia rujukan MOF.BSKK.600-1/7/1(15) bertarikh 8 Jun 2021: Cadangan Pindaan Arahan Perbendaharaan 105 – Tarikh Membayar Gaji dan surat rujukan MOF.BKSK.600-2/13/1(4) bertarikh 28 Oktober 2022 : Penetapan Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2023.
Selain daripada gaji, Bonus juga perkara yang ditunggu-tunggu oleh penjawat awam. Pembayaran gaji kepada penjawat awam bergantung kepada pangkat (gred), industri, kelayakan dan kemahiran masing-masing. Ianya dibayar dalam bentuk tunai, dengan kiraan jam, harian dan yang selalu digunapakai adalah upah dalam bentuk bulanan.