bangunan LHDNM

Tanpa Mohon Kebenaran, LHDNM Boleh Akses Maklumat Akaun Bank Pembayar.

Jika sebelum ini, pembayar cukai perlu menandatangani borang kebenaran sebelum bank dibenarkan berkongsi makluman tentang akaun mereka kepada pihak berkuasa. Namun tindakan itu tidak diperlukan lagi. Mungkin ramai yang terkejut dan cuba mempertikaikannya, namun prosedur ini bakal termaktub dalam akta perundangan Malaysia.

Melalui laporan Sin Chew Daily, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) kini tidak lagi memerlukan kebenaran pembayar cukai berhubung perolehan maklumat butiran akaun bank mereka dari perbankan. Secara jelas, pihak LHDNM boleh mendapatkan maklumat itu secara terus untuk menjalankan sebarang semakan atau siasatan.

LHDN Boleh Akses Maklumat Akaun Bank Pembayar Cukai Tanpa Mohon Kebenaran Dengan Pindaan Akta Sedia Ada

Berdasarkan kepada pindaan terkini Seksyen 106A, Akta Cukai Pendapatan. LHDNM tidak memerlukan kebenaran untuk akses lagi. Seksyen 106A merupakan salah satu cadangan pindaan yang terkandung dalam Rang Undang-Undang Kewangan 2021 yang telah dibentangkan untuk bacaab kali pertama di Dewan Rakyat.

Kredit Foto: FB Bernama Radio

Pihak bank juga tidak dibenarkan memaklumkan perkara tersebut kepada pembayar cukai. Sekiranya bank melanggar aturan seksyen ini, mereka boleh didenda antara RM200 – RM20,000 dan penjara maksimum 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

Untuk makluman, Seksyen 106A adalah antara cadangan pindaan yang disenaraikan dalam rang undang-undang Kewangan 2021 yang telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.

Baca Juga: Cara Renew Insurans Kereta Online

Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) Tidak Lagi Terpakai

Ini bermakna Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) tidak lagi terpakai pada penguatkuasaan seksyen tersebut kelak. Namun jika diperhatikan, pelaksanaan PDPA seharusnya memerlukan pihak bank mendapat kebenaran individu sebelum memberi butiran peribadi pembayar cukai kepada LHDN.

Buat pengetahuan umum, ketika ini dianggarkan sekitar RM300 bilion jumlah pengelakan cukai dicatatkan Malaysia. Anggaran tersebut menyamai 18% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Menurut Datuk Chua Tia Guan, Ketua PErunding Cukai dan Kewangan Asia Business Centre Malaysia -kegagalan LHDN miliki semula tunggakan cukai ini menjadi suatu kerugian buat ekonomi negara.

LHDN berhak merampas aset pembayar cukai termasuk simpanan di bank sebaik sahaja mendapat perintah perundangan.

Sumber Rujukan: RNGGT || MajalahLabur

One Reply to “Tanpa Mohon Kebenaran, LHDNM Boleh Akses Maklumat Akaun Bank Pembayar.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge