cara pasang rfid

Cara Pasang RFID Touch N Go Dan Pengaktifan

Jika sebelum ini, anda mungkin ambil maklum tentang fungsi RFID Touch n Go, tetapi mungkin anda mengendahkannya sahaja. Tetapi, bermula 15 Januari 2022, persepsi anda akan berubah.

Bermula dari tarikah tersebut, transaksi tol menggunakan teknologi Radio Frequency Identification (RFID) akan dilaksanakan untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) di laluan Juru, Pulau Pinang hingga Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan, di mana 2 kaedah pembayaran iaitu Touch n Go dan SmartTAG akan dihentikan secara berperingkat.

Dengan pelaksanaan ini, seluruh jaringan infrastruktur lebuhraya bertol di Pantai Barat Semenanjung Malaysia akan menyediakan lorong RFID bagi memberi perkhidmatan yang lebih mudah, selamat dan pantas kepada pengguna lebuhraya.

Perkara ini diumumkan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) pada 16 Disember 2021 lalu dalam sebuah kenyataan media.

Menurut kenyataan tersebut, transaksi RFID adalah langkah mengurangkan kesesakan di plaza tol dan selaras dengan Rancangan Induk Sistem Pengangkutan Pintar (ITS Blue Print) yang diterajui oleh KKR.

Transaksi RFID adalah ‘real time’ (masa sebenar) dan pelanggan akan menerima notifikasi serta merta mengenai baki bayaran.

Cara Daftar Online & Pengaktifan Tag


​Anda boleh membeli Tag RFiD secara online (Shopee, Lazada, eWallet Touch n Go atau di Pusat Pemasangan berhampiran anda.

Untuk mengaktifkannya, anda hanya perlu mengikuti langkah berikut:

  1. Klik pada ikon RFID pada aplikasi Touch n Go eWallet
  2. Klik pada butang ‘Activate’
  3. Isikan dan semak butiran akaun anda
  4. Daftarkan kenderaan anda
  5. Masukkan nombor tag 24-digit atau scan barcode pada pakej pembelian
  6. Buat pengesahan dan verifikasi.

Bagi membolehkan pelanggan menggunakan sistem ini untuk transaksi tol, PLUS juga menyediakan perkhidmatan pemasangan tag di pusat pemasangan yang disediakan di seluruh negara.

Rujuk gambar di bawah:

Cara Pemasangan Tag RFID

Setelah membuat pengaktifan, anda boleh terus membuat pemasangan tag RFiD tersebut pada kenderaan anda.

Langkah pemasangan tag pada kenderaan adalah seperti berikut:

  1. Bersihkan permukaan yang ingin dipasang sama ada di cermin hadapan (windscreen) atau lampu depan
  2. Buka pelekat dan tampalkan
  3. Pergi ke laman web TNG atau TNG e-Wallet
  4. Daftar nombor siri RFID dan masukkan maklumat kenderaan
  5. Tag anda akan diaktifkan dalam tempoh 24 jam

Baca Juga: Cara Ganti MyKad Secara Online

Mudah je kan cara pasang RFiD di kenderaan sendiri.

Ada juga yang bertanya, setelah ditampal, bolehkan tag RFid dicabut dan dipasang di kenderaan lain. Untuk makluman, selepas ditampal, sekiranya dibuka, tag tersebut sudah tidak berfungsi lagi.

Anda boleh layari https://rfid.touchngo.com.my/main untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge