cara didik anak

10 Perkara Yang Perlu Anak-anak Tahu Walaupun Nampak Kecil.

Kami tertarik dengan perkongsian Pengasas Telegram Channel Parenting terbesar di Asia, Taufiq Razif tentang 10 perkara yang ibu bapa perlu beritahu kepada anak-anak, walaupun ianya nampak kecil dan remeh.

Kami terus kongsi 10 perkara tersebut di bawah ini.

1. Beritahu anak kita bahawa dirinya adalah Hamba Allah. Nampak ringkas saja info ini tetapi ini menentukan ‘mental self image‘ anak kita. Anak yang tak rasa dirinya hamba Allah mudah menjadi tinggi diri, terlalu bossy dan merasakan kehendak dirinya mesti dipenuhi setiap masa.

2. Ajar anak kita bahawa dirinya dimiliki Penciptanya. Macam mana anak kita nakal nakal sekalipun, insyaAllah dia akan lebih senang patah ke pangkal jalan jika dia tahu hakikat dirinya dan siapa yang memiliki dirinya, Yang Berkuasa.

3. Didik anak kita bahawa mencari duit itu perlu tetapi bersedekah itu lebih perlu. Barulah anak kita sentiasa ada minda suka memberi ( giving mindset ) daripada cuma menerima semata-mata ( receiving mindset ).

4. Didik anak kita bahawa dia bahawa bakal tempuhi 5 checkpoint:

  • Checkpoint 1 – mati
  • Checkpoint 2 – barzakh
  • Checkpoint 3 – mahsyar
  • Checkpoint 4 – mizan
  • Checkpoint 5 – sirat

Dan selepas itu akan berakhir samada di syurga ataupun neraka. Anak yang tahu checkpoint ini akan mudah tunduk hatinya dengan kebaikan

5. Ajar anak kita bahawa Al Quran bukan cuma untuk dibaca dan dilagukan semata-mata. Al-Quran adalah kitab yang sarat dengan ilmu praktikal yang kita perlu ‘amalkan’ selepas membaca dan memahaminya

6. Ajar anak kita bahawa rezeki bukan datang daripada kita ibu bapa atau manusia. Rezeki datang daripada Pencipta. Anak yang tahu rezeki itu adalah pemberian Penciptanya akan mudah bersyukur dan lebih menghargai.

7. Ajar anak kita bahawa selepas akil baligh dia akan terpaksa memikul banyak tanggungjawab & akan disoal di akhirat kelak tentang tanggungjawabnyaAnak yang tahu dia dia ada banyak tanggungan akan lebih memiliki ‘sense of responsibility’

8. Ajar anak kita bahawa amal soleh bukan cuma solat dan puasa. Bekerja, makan, tidur, bantu orang-orang di sekeliling, berbuat baik dan semua perkara akan jadi amal soleh asalkan diniatkan untuk Allah semata.

9. Ajar anak kita bawa nilai adik beradik melebihi nilai segala harta benda dunia. Anak yang tahu nilai adik beradiknya takkan mudah berkelahi berebutkan harta selepas kita sudah tiada.

10. Ajar anak kita bahawa suatu hari nanti kita akan ‘pergi’ jua dan sebaik-baik bekal yang kita ada adalah doa daripadanya. Pelaburan paling berharga sepanjang menjadi ibubapa adalah apabila anak kita sudi mendoakan kita. Paling penting doa daripada anak soleh dan solehah. Majoriti anak di luar sana sangat jarang mendoakan ibu bapanya yang sudah meninggal dunia.

Nauzubillah minzalik..

Semoga perkongsian 10 Perkara Yang Perlu Anak-anak Tahu Walaupun Nampak Kecil ini sedikit-sebanyak memberi kebaikan kepada kita semua sebagai ibu bapa.

One Reply to “10 Perkara Yang Perlu Anak-anak Tahu Walaupun Nampak Kecil.”

Leave a Reply to Geng Borak Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge