Air Bundaberg Ni Halal Ke Tak Halal?

Siapa yang pernah melancong ke Australi atau pernah menetap di sana, memang tak sah tak minum air Bundaberg. Bila pulang ke Malaysia, mesti rindu nak minum air ni.

Kalau dulu, susah nak dapat di kedai di Malaysia. Hari ini, banyak di jual di kedai-kedai serbaneka 24 jam seperti 7Eleven, IFMAL dan sebagainya.

Bundaberg Brewed Drinks Pty Ltd ialah perniagaan milik keluarga Australia yang membancuh minuman bukan alkohol. Berpangkalan di Bundaberg, Queensland, mereka mengeksport ke lebih 61 negara di seluruh dunia dan mereka paling terkenal dengan bir halia dan minuman berkarbonat lain.

Bundabergh Ni Halal Ke?

Ini persoalan yang sering bermain di minda rakyat Malaysia terutama muslim. Mana tidaknya, nama pun aneh. B.U.N.D.A.B.E.R.G. nama kebaratan.

Iyalah, kita semua tahu mencari yang itu adalah fardu. Untuk pengetahuan, air Bundaberg ni bukan air gas, ianya adalah carbonated juice. Ada sikit rasa fizzy dalam masa yang sama rasa jus tu best sangat. Bundaberg ni, airnya semua non-alcohol. Air Bundaberg di ‘brew’ 2 hingga 7 hari mengikut perasa.

Pernah dengar tak orang cakap alkohol ni tak semestinya arak?

Ulama terdahulu, dengan kepakaran ilmu sains yang mereka miliki atau dengan bantuan kepakaran ahli sains pada zaman tersebut juga telah mencari punca yang menyebabkan orang yang meminum arak menjadi mabuk. Hasilnya, mereka dapati ia disebabkan oleh kandungan alkohol yang terdapat di dalamnya. 

Walau bagaimanapun, alkohol itu bukanlah illah (punca atau sebab) kepada pengharaman arak, sebaliknya sifat memabukkan yang menjadikannya haram. Di samping itu, jumhur ulama termasuk Imam Syafi’i dan mazhab beliau yang menjadi pegangan masyarakat Malaysia berpendapat arak adalah najis. Arak adalah najis tetapi tidak semestinya alkohol juga najis.

Alkohol adalah satu kata nama induk yang merangkumi pelbagai jenis alkohol seperti metanol, etanol, propanol, sorbitol dan lain-lain. Secara lebih khusus, jenis alkohol yang terdapat di dalam arak ialah etanol atau dikenali juga dengan nama etil alkohol. Ia terhasil daripada proses fermentasi (penapaian) menggunakan glukosa dari sumber karbohidrat seperti jagung, barli dan dan pelbagai bijirin dan buah-buahan yang boleh membawa kepada mabuk.

Walau bagaimanapun, etanol tidak hanya ada di dalam minuman yang memabukkan. Ia juga terdapat dalam pelbagai makanan dan minuman yang telah melalui proses penapaian seperti tempe, kicap, tempoyak, tapai dan lain-lain.Cuma kadar peratusannya rendah dan tidak membawa kepada memabukkan.

Selain itu,etanol juga boleh dihasilkan secara sintetik melalui makmal. Apapun, suatu yang perlu difahami oleh masyarakat ialah etanol bukanlah arak tetapi setiap yang memabukkan mengandungi etanol.

Dari sudut hukum fekah, etanol tidak najis kecuali jika diambil daripada arak. Sekiranya, ia diperolehi daripada sumber lain seperti daripada proses fermentasi yang dibuat semata-mata untuk penghasilan etanol bagi kegunaan industri atau terhasil melalui kaedah sintetik, ia adalah suci tetapi tidak boleh diminum kerana boleh memudaratkan.

Terdapat beberapa Pandangan hukum yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan berkaitan hukum penggunaan alkohol.

Antaranya ialah keputusan Muzakarah pada tahun 2011 yang menetapkan: “Alkohol yang diperoleh bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh”

“Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh) dimakan/diminum”

dan

“Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.”

Sekiranya dalam jus melebihi 1% kandungan alkohol, makanya ianya haram untuk diminum.

Alkohol digunakan sebanyak 0.5% sahaja yang bertindak sebagai carrier. Maka, jika tidak melebihi 0.5%, ia bukanlah alkohol yang menjerumus sebagai arak.

Mengikut ulasan daripada laman web The Halal Life, Ginger Beer & Root Beer Bundaberg adalah halal untuk diminum. Link: https://thehalallife.co.uk/products/bundaberg/

Laman web imanupdate.com juga menyenaraikan Bundaberg Root Beer sebagai minuman Halal. Boleh semak di link: https://imanupdate.com/is-root-beer-halal/

Anda juga boleh membaca penerangan di laman web Islamqa.org mengenai minuman jenis seperti Bundaberg di link: https://islamqa.org/hanafi/askimam/85026/bundaberg-ginger-beer/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge