banjir kuala lumpur

Kuala Lumpur Tenggelam Lagi! Apa Puncanya??

Hujan lebat lebih dua jam bermula 2 petang hari ini, mengakibatkan beberapa kawasan di ibu kota dilanda banjir kilat.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Nordin Pauzi terdapat lima kawasan utama dinaiki air antara 1 dan 1.5 meter.

“Lima kawasan tersebut merupakan Lebuh Ampang (1.5 meter), Jalan Raja Alang, Kampung Baru (1 meter) dan Jalan Gurney Kiri Off Jalan Semarak (1 meter), manakala berlaku limpahan air di Lorong Ayer Leleh dan Jalan San Ah Wing.”

Terdapat beberapa buah kenderaan ditenggelami air namun tiada mangsa yang terlibat dalam banjir tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Kredit Gambar: HMetro

Selain itu, pusat pemindahan banjir turut dibuka di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru. 

Mengulas lanjut, Nordin berkata seramai lebih 40 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah, BBP Titiwangsa, BBP Jalan Tun Razak, BBP Keramat dan BBP Setapak digerakkan ke lokasi banjir untuk proses pemantauan.

“Sehingga kini operasi pemantauan masih dijalankan di lokasi banjir bagi memastikan keselamatan orang awam yang melalui jalan tersebut,”-Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur.

Manakala di Selangor, Jalan Gombak Setia sehingga Batu Caves dinaiki air semasa hujan lebat.

Terowong Smart juga telah ditutup untuk mengaktifkan sistem banjir kilat.

Punca KL Tenggelam Sekali Lagi?

Sampah dan sisa projek pembangunan mega antara punca utama berlakunya banjir kilat di Kuala Lumpur.

Plastik-plastik yang menyebabkan lubang laluan tersumbat di beberapa kawasan di Kuala Lumpur menjadi faktor utama berlakunya banjir kilat hampir setiap kali hujan lebat melanda bandar raya ini.

Banjir berlaku kerana perparitan tersumbat. Keadaan bertambah teruk apabila Kuala Lumpur menerima jumlah hujan yang agak luar biasa.

Jika tidak disebabkan faktor luaran, sistem perparitan terkini masih boleh menampung kuantiti air kerana rekaannya adalah untuk 100 tahun, semuanya telah dinaik taraf.

Kesimpulan Ekoran Banjir Kilat di KL.

Kerajaan perli mengambil langkah lebih agresif untuk menangani masalah banjir kilat termasuk pembinaan kolam takungan (retention pond) lebih banyak supaya air dapat mengalir masuk dan kawasan rendah tidak dinaiki air apabila hujan lebat.

Kuala Lumpur memerlukan lebih banyak sistem takungan banjir bagi mengatasi masalah banjir kilat yang kerap berlaku, terutama ketika musim hujan lebat.

One Reply to “Kuala Lumpur Tenggelam Lagi! Apa Puncanya??”

  1. Terasa sayu tengok motor yang tenggelam ditelan air banjir. Mungkin ada di antaranya merupakan satu-satunya kenderaan untuk keluar mencari rezeki atau menghantar anak kesekolah. Jika rosak ditenggelami air banjir, gundah hati tuannya patah kaki beberapa hari ditambah pula memikirkan kos overhaul yang bakal ditanggung.

    Semoga didatangkan kemudahan dan rahmat atas kesabaran merak menghadpi dugaan ini.
    Saiful recently posted…Bagaimana menghasilkan dan memasarkan produk kosmetik jenama sendiri?My Profile

Leave a Reply to Saiful Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge