saham malaysia

Labur Saham Ke Lebur Saham? 4 Mitos Anda Perlu Tahu

Disebabkan oleh Covid19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, ramai yang sudah mula untuk mencari pendapatan tambahan. Salah satu cara untuk anda tambah pendapatan yang efektif adalah dengan pelaburan saham. Bursa Saham tetap beroperasi ketika PKP dan dari situ anda boleh menjual dan membeli pemilikan saham.

Apapun, dalam artikel pada kali ini, saya cuba sehabis baik untuk memberikan gambaran dan expectation berkenan dengan pelaburan saham di Malaysia. Sama ada anda boleh labur saham ataupun duit itu boleh jadi anda meleburkan saham anda.

Ianya perlukan satu strategi ataupun trading plan dan juga tempoh masa untuk seseorang itu betul-betul mahir dengan stail dan jenis pelaburan masing-masing. Apapun, harapnya, artikel ini dapat membantu anda untuk membuat keputusan pelaburan.

Strategi Pelaburan Saham

Untuk melabur saham, biasanya ada 2 strategi yang digunakan. Iaitu strategi teknikal analisis saham dan juga satu lagi adalah strategi fundemantal analisis dalam saham. Sebelum anda nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan analisa ini, adalah lebih baik untuk anda tahu dahulu apa itu saham. Boleh dapatkan info lanjut dalam artikel apa itu saham (https://smartinvest101.com/apa-itu-saham-2/)

Apa itu teknikal analisis, ianya adalah strategi pelaburan saham berdasarkan kepada pergerakan harga dalam sesuatu kaunter saham. Biasanya, menggunakan analisis graf dan pergerakan harga.

Fundemantal analisis adalah analisa sesuatu kaunter saham berdasarkan kepada kekuatan kewangan syarikat. Ada banyak petunjuk dan yang penting sekali adalah seseorang itu perlu pandai membaca laporan kewangan syarikat.

Secara ringkasnya, ini adalah antara tips dan teknik melabur saham. Penting untuk anda mahirkan diri dalam salah satu daripada strategi dan analisa saham ini.

Macam Mana Nak Cari Modal Melabur Saham

Ada banyak cara untuk seseorang ini mendapatkan modal dalam pelaburan saham. Antaranya adalah dengan menggunakan duit daripada isinar dan ilestari. Ramai pelabur sebenarnya yang telah menggunakan dana daripada isinar untuk tujuan melabur dalam pasaran saham. Anda pun boleh menggunkan dana yang sama asalkan anda tahu apa yang anda laburkan.

Cara lain untuk mendapatkan modal tentunya adalah dengan perniagaan, hasil usaha dan simpanan. Yang penting, dana yang anda laburkan dalam saham ini tiada masalah sekiranya dana ini habis. Bukan dana yang anda gunakan untuk kehidupan seharian.

Perlu diingatkan, jangan sesekali buat pinjaman peribadi semata-mata nak buat pelaburan saham. Gunakan dana yang anda ada dan pastikan dana itu, sekiranya habis rugi pun, kehidupan seharian anda masih tidak terjejas.

Trading Plan – Ini Yang Anda Perlukan

Bila dah lama melabur dalam saham, apa yang penting adalah untuk mempunyai trading plan yang tersendiri. Macam mana trading plan ini berfungsi, ianya lebih kepada SOP entry anda adalah berdasarkan kepada apa. Misalkata SOP anda masuk dalam kaunter saham adalah berdasarkan kepada indikator, follow sahaja SOP tersebut.

Jika SOP anda adalah berdasarkan kepada SOP tertentu, follow sahaja SOP tersebut. Jika anda masih baru dalam pelaburan saham, cuba follow trading plan orang lain. Jika anda tidak mahu ikuti trading plan orang lain, anda boleh reka trading plan anda sendiri. Cuma keberkesanan strategi tersebut perlulah diuji dan dinilai.

Anda Bekerja – Jangan Risau Saham Sesuai Untuk Anda

Dahulu saya sangka yang, kalau seseorang itu berkerja, hampir mustahil untuk melabur saham. Tetapi apabila dah berkecimpung secara aktif dalam saham ini, saya nampak yang anda masih boleh melabur saham walaupun anda bekerja. Macam mana tu?

Analisa saham adalah berdasarkan kepada carta harian sudah memadai. Kenapa? Kerana pergerakan sesuatu kaunter saham ini tidaklah terlalu laju dan anda boleh membuat pelaburan walaupun sedang bekerja. Cuma untuk analisa itu, anda perlu korbankan waktu malam anda untuk menganalisa sesuatu kaunter.

Alternatif Kepada Saham

Saham memerlukan pembelajaran dan analisis. Jika anda tidak dapat nak meluangkan masa untuk membuat analisa saham, tiada masalah untuk mencuba pelaburan lain yang mempunyai risiko yang lebih rendah.

Antara instrumen pelaburan yang mempunyai risiko yang rendah adalah unit amanah ataupun unit trust.

Tetapi jika anda nak lihat sendiri dan nak :”take control” pelaburan anda, saham adalah salah satu cara untuk anda mulakan pelaburan. Kalau yang baru nak mula berjinak tu, mula dari sekarang, belajar, anda memang akan rugi, tak mengapa, itu memang adat berdagang saham. Yang lebih penting daripada itu adalah untuk anda teruskan belajar saham.

Artikel ditulis oleh Mohd Fais , founder kepada laman web kewangan dan pelaburan di smartinvest101.com (https://smartinvest101.com/) dan merupakan seorang bakal remiser saham yang berdaftar di Bursa Malaysia.

2 Replies to “Labur Saham Ke Lebur Saham? 4 Mitos Anda Perlu Tahu”

Leave a Reply to Geng Borak Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge