cara mohon moratorium

Cara Mudah Urus Duit Moratorium.

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin telah mengumumkan senarai Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH bagi meringankan beban rakyat Malaysia yang masih dalam fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Pakej bantuan terbaru ini diharap dapat memberi kesan positif dan amat membantu aliran tunai rakyat sehingga berakhirnya pandemik ini. Antara pakej bantuan yang diharapkan oleh kebanyakan rakyat ialah pakej bantuan moratorium automatik pinjaman selama enam bulan kepada semua peminjam individu tanpa syarat. Untuk makluman, pakej bantuan moratorium mula disenaraikan sejak awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 1.0, lebih setahun yang lepas.

Moratorium automatik di bawah Program PEMULIH kali ini, tiada lagi syarat dikenakan seperti pengurangan pendapatan.

Malah, tiada semakan akan dilakukan sama ada anda telah hilang pekerjaan dan tiada lagi dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk permohonan. Proses ini telah dipermudahkan bagi memastikan kesemua golongan dapat diberi bantuan yang sewajarnya dalam tempoh pandemik ini.

Sejurus pengumuman pakej PEMULIH semalam, ada yang berterima kasih di atas sokongan kerajaan ini, ada juga yang mempertikaikan bentuk bantuan yang dikatakan bukanlah bantuan yang diharapkan. Pada pendapat kami, ada pro dan con.

Rakyat hari ini perlu bijak menilai dan menikmati bantuan yang diberikan. Kali ini, kami tidak akan berkongsikan cara memohon moratorium automatik PEMULIH, tetapi kami ingin berkongsi tentang cara pengurusan duit lebihan daripada penangguhan bayaran pinjaman yang diterima.

5 Cara Mudah Urus Duit Moratorium

1. Buat simpanan Dana Kecemasan. Jika kita ada hutang setiap bulan RM1,200 x 6 bulan kita akan ada RM7,200 simpanan kecemasan.Simpanan ini untuk belanja kecemasan sahaja. Ia juga untuk belian barang keperluan asas jika tak cukup.

Jika masih ada gaji, guna duit gaji . Jangan guna dana kecemasan untuk beli apa apa keperluan. Guna bila kecemasan sahaja!

Sport rim kereta baru bukanlah kecemasan!

2. Boleh bayar baki hutang kad Kredit. Jika kita ada hutang kad kredit sampai RM4,000. Manfaatkan duit Moratorium ini untuk langsaikan hutang ini secara berperingkat. Mengapa kad kredit?

Kadar faedah yang kad kredit kenakan sangat tinggi. Antara 12-15% kadarnya. Makin lama hutang itu melekat dengan kita makin buruk kewangan kita.

3. Ambil kembali emas yang dipajak di Ahrahnu. Kadar yang dikenakan oleh Ahrahnu biasanya 7.85% bagi tempoh 6 bulan. Jika setahun ia jadi 15.7% . Tinggi gila juga kadarnya. Lebih baik ambil dan simpan kembali dirumah kita.

4. Jika kita ada semua dana kecemasan, gaji stabil, company baik maka cuba selesaikan mana mana hutang yang mampu dan paling kecil dulu ya. Katakan kita ada baki hutang pembiayaan peribadi berbaki RM3,000. Maka lebih baik selesaikan satu dari 4 hutang yang kita ada. Ini disebut snow ball effect. Selesaikan hutang baki paling rendah. Selepas PKP 3.0 orang susah hati, hutang kita dan habis kita bayarkan nanti.

5. Laburkan kembali, bagi orang yang mahir dengan pelaburan sahaja bukan yang baru nak cuba cuba. Manfaatkan duit ini untuk laburkan. Pastikan anda kuasai pelaburan tersebut baru melabur, jangan baru dengar semalam terus nak labur disitu.

Jika ini pelaburan pertama anda, “saya ikut sifoo nie melabur bang. Bayar RM3000 sahaja dapat beli rumah” . Baik lupakan sahaja, ini bukan masanya.

Setiap masalah ada peluang yang baik, manfaatkan sebaiknya untuk kita.

Perkongsian oleh: Azizul Azli Ahmad.

3 Replies to “Cara Mudah Urus Duit Moratorium.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge