cara semak ctos

Cara Mudah Semak Skor CTOS

Antara perkara penting anda perlu semak sebelum membuat pinjaman terutama pinjaman perumahan adalah menyemak laporan MyCTOS Score yang terkini. Dengan cara ini, anda boleh mengetahui CTOS Score semasa dan status kesihatan kredit kewangan anda.

Siapakah CTOS ini? CTOS dikendalikan oleh syarikat swasta yang berdaftar dan bukanlah di bawah pentadbiran mana-mana badan kerajaan.  CTOS Sdn Bhd ditubuhkan di bawah skop Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 (Credit Reporting Agencies Act 2010).

MyCTOS adalah laporan lengkap yang mengandungi skor berkenaan keadaan kredit seseorang serta kemampuan kredit individu tersebut.

Dari hasil semakan Skor CTOS, anda boleh mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan skor atau memperbaiki sebarang isu (seperti skor kredit rendah atau bayaran tertunggak) . Hasilnya, bank dan pemberi pinjaman lebih mudah & dengan bahagianya akan meluluskan permohonan pinjaman anda.

Baca Juga: Kenapa Perlu Menyewa Jika Boleh Memiliki

Cara Semak Skor CTOS

Untuk semak skor CTOS online, anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Mudah dan percuma sahaja:

  1. Klik pautan ini: https://ctosid.ctos.com.my/ctosid_new/NewSimpleRegister
  2. Pilih jenis dokumen. Dalam kes ini, pilih MyKad jika anda warganegara Malaysia
  3. Masukkan nama penuh seperti dalam MyKad
  4. Masukkan nombor kad pengenalan
  5. Masukkan email
  6. Pilih bahasa samada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
  7. Masukkan nombor telefon
  8. Klik “Get Verification Code”
  9. Tunggu sehingga SMS diterima pada nombor telefon anda
  10. Masukkan Verification Code yang diterima untuk buat pengesahan
  11. Klik “Continue”
  12. Semak email
  13. Buat pengesahan email

Cara Akses Laporan Skor MyCTOS

  1. Log masuk ke laman web CTOS menggunakan nama log dan kata laluan anda
  2. Klik pada Laporan MyCTOS.
  3. Anda juga akan menerima akaun emel khas untuk digunakan untuk tujuan CTOS.
  4. Anda juga boleh muat turun aplikasi mudah alih yang membolehkan anda menyemak laporan menggunakan telefon bimbit anda.

Maklumat yang Boleh Dilihat Oleh Institusi Kewangan dalam Laporan MyCTOS

  1. Tunggakan kredit – baki tertunggak sedia ada termasuk tabiat pembayaran balik, tunggakan dan status undang-undang jika ada.
  2. Akaun perhatian khusus – kemudahan kredit yang belum dijelaskan yang berada di bawah pengawasan ketat institusi kewangan. Ini termasuk kemudahan kredit yang dianggap sebagai Pinjaman Tidak Berbayar (NPL) atau di bawah jadual pengurusan hutang khas yang dirundingkan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
  3. Permohonan kredit – jika memohon sebarang kemudahan kredit dalam tempoh 12 bulan yang lalu, sama ada yang telah diluluskan atau ditolak

Jika anda mendapati terdapat percanggahan dalam rekod CTOS anda, anda boleh meminta CTOS mengubah suai atau memadam maklumat tertentu dengan menyediakan dokumen sokongan yang berkaitan seperti laporan polis, surat sokongan dari bank-bank yang berkenaan, peguam atau perintah mahkamah.

Sebarang caj tidak akan dikenakan oleh pihak CTOS untuk mengemaskinikan rekod anda. Anda turut menerima laporan CTOS terbaru selepas itu.

One Reply to “Cara Mudah Semak Skor CTOS”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge