Youtube Zarul Umbrella

Zarul Umbrella Kongsi Kenapa Gaji Pilot Mahal Di YouTube

Sebut sahaja nama Zarul Umbrella, siapa tidak kenal penyanyi kumpulan terkenal tanah air terkenal sejak awal 90-an, Umbrella. Antara lagu hit mereka yang sentiasa meniti di bibir peminat ialah Ramalanku Benar Belaka .

Saluran YouTube Zarul Umbrella

Terkini, Zarul Umbrella bukan sahaja aktif dalam bidang nyanyian, tetapi mula menapak dalam penghasilan konten YouTube di saluran beliau iaitu Youtube Zarul Umbrella. Sehingga ke hari ini, Zarul Umbrella telah memuatnaik sebanyak 278 buat video dengan jumlah langganan seramai 134 Ribu orang.

Bagi peminat industri penerbangan (aviation), pasti anda sentiasa tertunggu-tunggu muatnaik terbaru saluran Youtube Zarul Umbrella.

Kami juga tidak ketinggalan menjadi penonton setia konten di Youtube Zarul Umbrella. Selain persembahan video yang cantik dan ada style, konten-konten yang dipersembahkan oleh Zarul juga berjaya memikat hati kami untuk terus menonton dari satu video ke video yang lain.

Baca: Rahsia YouTuber Naikkan Views Dengan Headline

Konten di saluran beliau lebih unik berbanding saluran YouTube oleh pemain konten yang lain. Konten di saluran YouTube Zarul Umbrella lebih berkisarkan tentang dunia aviasi atau penerbangan negara terutama bagaimana pekerja-pekerja di industri ini meneruskan kehidupan selepas punca pendapatan mereka ‘diganggu’ oleh pandemik Covid-19.

Zarul Umbrella Menemuduga Bekas Juruterbang

Dalam muatnaik terkini beliau, kami tertarik dengan satu video Zarul Umbrella menemuramah seorang bekas juruterbang, Captain Taufik di Warung Nais Shukri Setia Alam . Lebih menarik lagi, warung ini juga menjadi sumber pendapatan Mr Pilot buat masa ini.

Antara isi kandungan temuramah tersebut ialah ” Kenapa gaji pilot mahal?”

Kami pasti, ramai yang ingin tahu sebab seorang juruterbang meraih pendapatan lebih tinggi walhal orang awam nampak ianya satu kerja “mudah” dan menyeronokkan.

Sebab Gaji Pilot Mahal

Dalam dunia ini, sesuatu pekerjaan yang menghasilkan pendapatan tinggi, biasanya datang bersama tanggungjawab besar. Agak mustahil untuk memegang sesuatu jawatan bergaji besar tanpa tanggungjawab berat.

Ramai orang beranggapan gaji seorang juruterbang tinggi kerana kerja mereka yang tidak tentu masa, perlu selalu travel dan berjauhan dengan keluarga. Jadi, gaji pilot yang tinggi itu dikatakan sebagai membayar ‘masa’ yang telah mereka korbankan.

Mengikut perkongsian Kapten Taufik, pendapat ini tidak tepat.

Jawapan sebenar kenapa pilot bergaji tinggi adalah kerana tanggungjawab yang dipikul di bahu pilot adalah sangat berat. Pilot yang mengemudi sebuah burung besi yang besar (dibaca: kapal terbang) perlu memastikan nyawa penumpang berada dalam keadaan selamat dari saat berlepas sehinggalah kapal terbang mendarat di destinasi seterusnya.

Tugasan Seorang Juruterbang

Pilot bukan sekadar memandu atau mengemudi sebuah kapal terbang. Bukan sekadar tekan-tekan butang dan terbanggg.. Seorang juruterbang komersial perlu tahu banyak perkara.

Masa kecemasan pilot perlu tahu apa tindakan yang perlu mereka ambil. Mereka perlu memikirkan tindakan paling selamat dalam masa singkat.

Contohnya, enjin kapal mati, tekanan dalam kabin rendah. Pilot kena tahu ‘rectify’ masalah ini dalam masa itu juga. Perlukan tindakan yang tepat. Pilot tiada masa nak buka buku manual. Tiada masa nak fikir troubleshoot. Tiada masa untuk berfikir sejam dua.

Dari kaca mata orang awam, kita selalu melihat tugas seorang juruterbang hanyalah membimbit beg hitam beroda, berjalan di lapangan terbang menuju ke pintu pelepasan sebelum masuk ke kokpit. Seterusnya, ON enjin kapal dan panaskan enjin kapal sebelum ke runway untuk berlepas.

Pilot Perlu Lakukan Persediaan 4-5 Jam Sebelum Terbang

Ramai yang tidak tahu, pilot perlu melakukan banyak persediaan sebelum terbang.

Sebenarnya, pilot itu sendiri perlu bersedia lebih awal iaitu 4-5 jam sebelum berlepas. First of all, pilot tu sendiri perlu pastikan:

  • Dirinya sendiri selamat iaitu cukup tidur dan sihat sepenuhnya termasuklah tidak ambil minuman alkohol atau barang terlarang.
  • Perlu pastikan lesen tak mati
  • Di lapangan terbang, pilpt perlu memastikan dokumen dalam keadaan baik. Tidak tamat tempoh
  • Di kapal, pilot perlu memeriksa kapal daripada pandangan seorang kapten pengemudi kapal. Namun, tidak semua kerja, kapten yang perlulakikan kerja. Kapten pilot ini akan delegate semua tugasan kepada staf lain seperti pramugari dan aircraft engineer.

Dalam video berdurasi 20 minit 56 saat, banyak ilmu baru yang kami ketahui. Ye la, tidak semua yang mempunyai peluang untuk terlibat dalam industri ini.

Kami Rekemen Saluran YouTube Zarul Umbrella

Kami sangat rekemen anda untuk menonton video-video konten di saluran YouTube Zarul Umbrella untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi tentang industri ini.

Mungkin ada yang sedang mengintai peluang untuk menjaga krew pesawat, mencari tips menghadiri temuduga seorang anak kapal, ingin mengetahui lifestyle pramugari / pramugara di luar waktu tugasan, apa cabaran syarikat penerbangan semasa pandemik Covid dan pelbagai info menarik yang boleh anda temui di saluran ini.

Jom kita tonton video Borak Santai Bersama Captain Taufik..

19 Replies to “Zarul Umbrella Kongsi Kenapa Gaji Pilot Mahal Di YouTube”

  1. betul tu. berat tanggungjawab seorang pilot. in case anything happen mestilah pilot yang akan bertanggungjawab. nice sharing zarul

  2. yer, memang banyak persediaan yg pilot kena buat sblm flight. nakhoda kapal kot dan org yg paling bertanggungjawab dalam kendalikan kapal terbang.apa2 hal dorg disalahkan dulu. silap sikit habislah.

  3. yer, memang banyak persediaan yg pilot kena buat sblm flight. nakhoda kapal kot dan org yg paling bertanggungjawab dalam kendalikan kapal terbang.apa2 hal dorg disalahkan dulu. silap sikit habislah.

  4. Gaji pilot memang patut la tinggi sebab bukan senang nak ada skill yg mereka ada. Berapa lama kena training. Keselamatan penumpang semua di bawah tanggungjawab mereka.

  5. Ya setuju. Bab tanggungjawab yang paling berat. Keje yang bukan mudah dipikul. Belajar pun bukan calang-calang, kos juga besar. Bagus adanya saluran sebegini membuka mata dan minda persepsi masyarakat hakikat sebenar.

  6. thanks so much for sharing this, pilot is a job that many of us as passenger may not understand the huge responsibility with the pilot when on board, in passenger mind is to arrive happily at the destination 🙂 cheers, siennylovesdrawing

Leave a Reply to siennylovesdrawing Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge