scammer

6 Langkah Dan Cara Scammer Shopee Perdaya Mangsa. Baca Ini Untuk Elak Ditipu.

Pernah tak anda dihubungi melalui Whatsapp atau Telegram oleh individu yang mendakwa dirinya ‘ejen’ daripada agensi marketing untuk seller Shopee dan menawarkan pendapatan tambahan (part time job)? Tugasan pula sangat mudah.

Hanya perlu tekan link barangan yang diberi, klik ‘suka’ atau Add To Card, screenshot dan hantar kepada ejen tersebut. Kemudian anda akan dibayar dengan wang ganjaran bermula RM12 per tugasan.

Jika Ya, dan pernah pernah menjadi mangsa scammer Shopee, takziah kami ucapkan. Jika Belum Terkan, teruskan membaca perkongsian di bawah untuk langkah elak ditipu oleh scammer Shopee.

1# INTRO

Pesanan awal yang anda terima adalah tawaran untuk anda menjana wang mudah. Ejen tersebut akan menerangkan siapa dia, apa syarikat dia buat, penafian tentang mereka bukaan pekerja Shopee, seterusnya akansemak butiran diri anda seperti nama, jantina, pekerjaan dan umur. Kemudian, ejen ini akan memulakan tugasan pertama. Ejen ini akan kongsikan link barangan seller Shopee. Akan dikehendaki tekan LIKE atau Add To Card, screenshot dan hantar kepada ejen itu kembali.

Kemudian, anda perlu memberikan maklumat untuk menerima komisyen seperti nama, nama bank, no akaun bank dan no telefon.

2# BINA KEPERCAYAAN

Dalam beberapa minit, anda menerima wang komisyen pertama anda. Perhatikan butiran si pembayar. Nama tersebut pasti tidak dikenali atau daripada syarikat yang anda tak pernah dengan pun. Tapi pasti anda tidak pedulikan itu semua, kerana anda telah menerima wang komisyen dengan mudah!

Dalam hati anda pasti terdetik “Ini tawaran yang genuine!”

Seterusnya, ejen tersebut akan menawarkan tugasan seterusnya. Jika anda bersetuju, anda akan disalurkan kepada satu kumpulan di Whatsapp atau Telegram.

3# SALUR KE GROUP

Di group ini, akan ada sekumpulan nama yang pasti tiada kaitan dengan anda. Perhatikan nama dan gambar profile. Pasti ada Melayu, Cina dan India. Kenapa? Supaya anda lebih yakin untuk berada dalam ‘circle’ ini.

Seterusnya, ejen yang berlainan akan memulakan sesi penerangan tentang tugasan selanjutnya dengan tawaran yang lebih lumayan. Beberapa tugasan perlu dilakukan secara berterusan (continuosly) untuk melayakkan anda menerima komisyen.

4# BINA KEPERCAYAAN LAGI

Pada awalnya, mungkin anda akan terfikir, “Bagaimana kalau tugasan dah dibuat, wang komisyen tidak dibayar??”

Tetapi, fikiran anda akan berubah apabila akan ada individu di dalam group tersebut yang screenshot resit penerimaan wang komisyen dan ditampal di dalam group tersebut.

Lalu, anda pun menyelesaikan tugasan yang diberi dan turut menerima wang komisyen.

Sekali lagi anda akan terdetik di hati “Ini tawaran yang betul genuine!”

5# OFFER LEBIH LUMAYAN

Seterusnya, anda ditawarkan tawaran yang lebih lumayan. Namun, anda perlu membayar sejumlah wang (dikenali sebagai premium/prepaid) sebelum anda layak menerima bonus.

Ada beberapa opsyen bayaran dengan bayaran bonus yang berbeza.

  • Ada prepaid berharga RM50, anda menerima bonus sebanyak RM15.
  • Ada prepaid berharga RM100, anda menerima bonus sebanyak RM30.
  • Ada prepaid berharga RM500, anda menerima bonus sebanyak RM200.

sehinggalah ke prepadi bernilai ribu-ribu ringgit.

Anda mungkin gelap mata apabila melihat bonus mudah yang bakal diterima.

Dan anda lebih goyang atau mudah ditipu apabila melihat screenshot penerima wang komisyen yang tak masuk akan yang dikongsi oleh individu-individu lain di dalam group tersebut. Ada yang memilih opsyen paling rendah, dan ada juga yang menerima komisyen lumayan daripada opsyen prepaid yang mahal.

Lalu anda berfikir, “Why not try yang RM50..”

Lalu anda membuat transaksi ke akaun individu seperti yang diarahkan oleh ejen. Selesai tugasan, selang beberapa minit, anda menerima kembali RM50 berserta wang bonus. Mudah!

Untuk kali ketiga, hati anda akan terdetik, “Ini tawaran yang betul betul genuine!”

Seterusnya anda ditawarkan dengan tugasan selanjutnya.

Kali ini, anda akan diperkenalkan dengan so called ‘guru’ atau ‘mentor’

#6 BAGI TEKANAN HINGGA MANGSA TEWAS

Dari sini bermula ‘scamming’ yang sebenar.

‘Mentor’ tersebut akan memulakan tugasan mudah. Selesai tugasan, transaksi komisyen akan dilakukan.

Seterusnya, tugasan yang melibatkan pembelian prepaid/premium akan ditawarkan. Bermula dengan nilai rendah namun, anda perlu menambah nilai untuk melengkapkan tugasan seterusnya.

Contoh, anda membuat pembayaran premium RM100, untuk bonus RM50. Anda sudah pun menyelesaikan tugasan yang diberikan, namun anda perlu membuat ‘top up’ premium dengan nilai yang lebih seperti RM200 untuk mendapat kembali modal RM100 + bonus RM50. Di sini, anda pasti sudah berat hati.

Tetapi, dengan kata-kata semangat dan janji manis ‘mentor’ tersebut, ditambah pula dengan bukti transaksi komisyen yang sudah diterima oleh individu lain, anda akan mudah terpedaya. Lalu anda membuat transaksi tambahan RM200 dengan harapan mendapat kembali modal RM100 tadi. Anda juga menyangka tugasan sudah selesai.

Anda silap.

Mentor tadi akan terus memberi tugasan selanjut dan pastinya ada tambahan topup premium. Langkah diakan diulang-ulang sehingga anda ‘quit’. Semakin jauh anda meneruskan tugasan, semakin besar transaksi duit akan dilakukan ke dalam akaun yang tidak anda kenali.

Perkongsian ini adalah pengalaman sebenar mangsa scammer yang kami temubual di dalam channel Telegram. Kongsinya lagi, ada mangsa yang tidak berputus asa semata-mata inginkan modal kembali sehingga tertipu dan berterusan melakukan transaksi dengan jumlah yang besar.

Jadi, sebagai langkah elak ditipu oleh scammer dengan program-program sebegini, pertama sekali, jangan terlibat.

Ingat, sebaik sahaja ‘scammer’ meminta bayaran tunai, jangan pindahkan wang walaupun nilai yang kecil (RM50 paling kecil!). Sebaik sahaja anda bermula, anda pasti akan terpedaya.

2 Replies to “6 Langkah Dan Cara Scammer Shopee Perdaya Mangsa. Baca Ini Untuk Elak Ditipu.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge