
Anak Muda Ini Kongsi Tips Untuk Bantu Mereka Yang Alami Tekanan Hidup
Saja browse gambar lama, tiba-tiba keluar gambar ni.
Waktu ni aku dah nekad. Whatsapp terakhir untuk Mama Ayah dah tulis, gambar pun dah ambil. Aku dah nekad untuk terjun ke landasan LRT.
Tren akan tiba dalam masa 6 minit dan aku hanya ada selama itu untuk hidup. Aku ready nak send mesej tu kepada parents bila tren dah muncul.
Nak tau apa yang menyelamatkan aku?

1) Ada kawan call tanya khabar. Kemudian dia mengakhiri perbualan itu dengan berkata “I care for you”
2) Dengar laungan azan. Bila dengar “Allahuakbar” selama 4 kali, aku terus rasa tersentak.
You know, words can powerfully affect people in two ways: changing their lives or making them miserable.
Bagi yang selalu mengamalkan kata-kata yang baik untuk membantu orang yang sedang struggling, aku doakan syurga untuk kau orang. Sebab apa yang menyelamatkan aku pada malam tu ialah KATA-KATA yang menenangkan.
Selepas mendengar azan, aku terus berlari ke arah masjid. Lepas solat isyak, aku ingat yang aku doa sepenuh hati sambil menangis minta Allah bagi kekuatan untuk diri aku melawan penyakit ini.
And Allah has answered the prayer. Sebab bila aku recall memori malam itu, aku boleh ingat betapa lemahnya diri aku waktu itu dan Allah berikan aku harapan dan kekuatan untuk kekal hidup hingga ke hari ini.
Dan aku dah jadi advocate mental health awareness untuk menyedarkan masyarakat betapa real dan memeritkan penyakit mental ini.
Kepada pesakit mental dan caregiver, sama-samalah berkata baik kepada sesama sendiri. Kerana kata-kata anda mampu membuatkan orang lain berasa bahagia bersama anda.
#ceritaFacebook
Perkongsian Oleh: FB Muhammad Faris Nazrin
Sama-samalah berkata baik kepada sesama sendiri. Tak kira sama ada di dunia media sosial atau bertentangan mata. Bahagiakan orang lain. Tak susah kan…
Geng Borak recently posted…Mi Segera Babi Lepas Derma Darah, Penganjur Mohon Maaf
setiap org ada cerita masing masing. ada yg nampak happy tapi sebenarnya sorok kesusahan sebab tak nak di judge.