bil TNB

Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan Untuk Pengguna Domestik.

Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan diluluskan oleh Perdana Menteri untuk semua pengguna elektrik dalam kategori domestik di kediaman-kediaman Semenanjung Malaysia.

Tular beberapa keluhan pengguna yang menerima bil elektrik dengan cas terlalu tinggi daripada pihak TNB baru-baru ini, kerajaan mengambil inisiatif ini bagi mengurangkan beban pengguna. Ramai pengguna yang menerima bil elektrik dengan jumlah peningkatan yang tinggi untuk tempoh sepanjang pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac 2020.

Bantuan terkini kerajaan ini dijangka memberi manfaat kepada 7.66 juta pengguna elektrik.

Pengguna domestik dengan bil elektrik sebulan RM77 ke bawah (penggunaan 300 kWj ke bawah) akan menikmati elektrik secara percuma bagi bulan April, Mei dan Jun 2020.

Sementera itu, pengguna domestik dengan penggunaan elektrik sebulan melebihi 300 kWj pula akan menikmati potongan bil elektrik sebanyak RM231 iaitu RM77 sebulan untuk April, Mei dan Jun 2020.

Sebelum ini, kerajaan telah meluluskan diskaun bil elektrik di bawah Bantuan Prihatin Elektrik yang telah dilaksanakan sejak 1 April. Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan adalah bantuan tambahan berdasarkan impak terkini PKP kepada kehidupan rakyat.

Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan ini akan disalurkan melalui bil elektrik pada bulan Julai 2020.

Alhamdulillah. Semoga dengan cakna daripada pihak kerajaan ini sedikit sebanyak dapat membantu kehidupan rakyat yang terkesan dengan pandemik Covid-19 ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge