gerhana matahari separa

Cara Solat Sunat Gerhana Matahari

Hari ini, Ahad 21 Jun 2020 sekali lagi akan berlaku fenomena Gerhana Matahari Separa yang akan kelihatan di langit Malaysia dan Asia Tenggara.

Fenomena ini dikatakan berlaku setiap 6 bulan sekali. Kali terakhir gerhana bulan separa berlaku pada 26 Disember 2019, 6 bulan yang lepas.

Cara Solat Gerhana Matahari

Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari.

Rakaat pertama:

  1. Takbiratul ihram dan niat
  2. Membaca doa iftitah diikuti Surah Al-Fatihah dan surah pilihan.
  3. Rukuk
  4. Bangkit dan membaca Surah Al-Fatihah dan surah pilihan.
  5. Sujud.
  6. Duduk antara 2 sujud.
  7. Sujud
  8. Bangun untuk rakaat kedua.
  9. **ulangi rakaat kedua seperti rakaat pertama.
  10. Salam

Fenomena Gerhana Matahari Separa.

Ketika fenomena ini berlaku, sebahagian daripada bentuk piring atau fizikal matahari yang terlindung oleh bulan. Petang ini, fenomena diramal akan berlaku pada jam 2.30 petang sehingga jam 5.30 petang.

Gerhana pada kali ini adalah yang terakhir dapat dilihat sebelum menunggu 3 tahun lagi iaitu pada 20 April 2023 untuk melihat fenomena bayang-bayang bulan merentasi tanah air.

Umat Islam digalakkan melakukan solat sunat gerhana matahari bermula jam 3.37 petang.

InsyaAllah, sama-sama kita mengambil iktibar mengenai kejadian yang dicipta oleh Allah SWT dan bersamalah kita meningkatkan takwa kepada-Nya.

One Reply to “Cara Solat Sunat Gerhana Matahari”

Leave a Reply to Hans Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge