Datuk Dr. Radzi Jidin

Kementerian Pendidikan Umum UPSR Dimansuh & PT3 Dibatal.

Usul memansuhkan UPSR telah diketengahkan sejak tahun 2016 oleh beberapa pihak namun tiada jawapan muktamad. Hari ini, Kementerian Pendidikan telah mengumumkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dimansuhkan sepenuhnya bermula tahun 2021. Manakala Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) hanya untuk tahun ini dibatalkan.

Ekoran pemansuhan UPSR dan pembatalkan PT3, maka pihak Kementerian Pendidikan akan melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)  untuk mengukur pencapaian murid terlibat.

Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) akan digunakan murid-murid terlibat untuk kemasukkan ke sekolah berasrama penuh untuk tingkatan satu dan empat.

Bagi murid sekolah rendah, kita akan perkasa PBD bermula tahun 2021 untuk bagaimana pentaksiran diadakan.

Pemansuhan UPSR dibuat setelah kita membuat libat urus dengan pelbagai pihak termasuk ibu bapa, guru dan murid. Malah pagi ini saya telah bentang memorandum Jemaah Menteri, untuk pemansuhan UPSR sepenuhnya bermula 2021.

Bagi PT3 pula, antara asas dipertimbangkan adalah mengambil kira masa yang ada murid untuk buat persediaan secara bersemuka dengan guru, keadaan penularan pandemik belum ditangani sepenuhnya dan keadaan semasa,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Respon Ibu Bapa Bila UPSR Dimansuhkan

Tidak dapat dinafikan bahawa UPSR ini selalu dijadikan kayu ukur oleh ibu bapa dan masyarakat terhadap tahap akademik anak-anak sehingga ibu bapa berasa kecewa jika anak-anak mereka tidak ‘skor’ dalam UPSR. Ibu bapa juga sanggup berhabis menghantar anak-anak ke pusat tuisyen seawal mungkin untuk mempersiapkan diri anak-anak untuk menghadapi UPSR.

Memang nampak seperti anak-anak masih kecil tapi sudah dibebankan dengan tugasan sekolah, tuisyen dan ujian. Tapi bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya maka seharusnya dari peringkat awal anak-anak dididik dengan memikul tanggunjawab yang seharusnya dipikul agar dapat membesar menjadi insan yang berguna untuk keluarga, masyarakat dan negara.

Ujian UPSR adalah ujian yang kecil berbanding ujian-ujian yang mereka akan tempuhi di masa akan datang. Tidak dapat dinafikan ujian UPSR ini akan memberikan tekanan kepada murid-murid namun ia bukanlah tekanan yang negatif. Jika dilihat dari sudut positif, tekanan ini akan menonjolkan fighting spirit di mana mereka berusaha bersaing untuk mendapatkan ilmu dengan lebih bersungguh-sungguh.

Kini, kata putus telah ditetapkan. Ini tidak bermakna perjuangan pelajar Tahun 6 perlu perlu dihentikan. Mereka tetap perlu berusaha membaiki kualiti diri demi menghadapai persaingan yang semakin hebat nanti.

One Reply to “Kementerian Pendidikan Umum UPSR Dimansuh & PT3 Dibatal.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge