Perdana-Menteri-Malaysia

Pembubaran Parlimen : Menteri Kabinet Masih Berfungsi Dalam Kerajaan Caretaker

Menurut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali , Kabinet yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berfungsi sebagai kerajaan sementara atau “caretaker” dengan Mesyuarat Kabinet masih boleh dijalankan seperti biasa walaupun Parlimen telah dibubarkan.

Parlimen Malaysia telah dibubarkan oleh Perdana Menteri pada 10 Oktober 2022 bagi memberi laluan kepada pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Fungsi Kabinet Selepas Pembubaran Parlimen

Dalam kerajaan caretaker, Kabinet tidak boleh membuat sebarang keputusan dasar walaupun masih boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam soal pentadbiran negara.

Menteri dan timbalan menteri berfungsi seperti biasa dalam kerajaan ‘caretaker’ cuma tidak boleh membuat keputusan mengenai dasar dan polisi baharu .

Kabinet juga boleh meneruskan pelaksanaan dasar dan keputusan yang telah dibuat terlebih dahulu sebelum Parlimen dibubarkan.

Berbeza Selepas PM Letak Jawatan Pada Tahun 2020 & 2021.

Keadaan ketika ini berbeza dengan pentadbiran terdahulu apabila Perdana Menteri meletak dan melepaskan jawatan pada 2020 dan 2021.

Ketika itu apabila Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kemudian Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan, Kabinet mereka secara serta-merta terbubar.

Dalam keadaan sekarang, hanya Parlimen sahaja yang dibubarkan.

Jemaah Menteri masih lagi boleh bermesyuarat terutama apabila berlaku bencana dan sebagainya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge