makan daging korban

Petua Kurangkan Pening Kepala Akibat Makan Daging

Hujung bulan Julai nanti, umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Korban. Aidiladha disambut sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup berkorban kerana suruhan Allah SWT dan kesabaran anakanda Nasi Ismail yang sanggup dikorbankan kerana suruhan Allah SWT.

Aidiladha berbeza berbanding sambutan Aidilfitri. Umat Islam disunat melakukan ibadat korban. Ibadat korban bermula selepas khatib selesai membacakan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 bulan Zulhijjah. Besar ganjaran bagi mereka yang melakukan ibadat ini.

Pembahagiaan Daging Korban Sunat.

Mengikut penjelasan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, bahagian daging korban sunat (bukan korban nazar), SUNAT bagi mereka yang melakukan korban sunat untuk makan sebahagian daripada daging korban selain HARUS mengagihkan kesemua daging korban tersebut kepada orang lain.

Kebiasaannya, pada hari raya korban, orang kita akan ‘mewah’ dengan hidangan daging. Boleh dikatakan, setiap waktu menjamu selera, pasti akan ada juadah berasaskan daging. Sup daging, singgang daging, daging goreng kunyit, daging bakar, kari daging dan daging kurma.

Pening Kepala Akibat Makan Terlalu Banyak Daging

Terlalu banyak makan daging boleh memberi kesan tak elok iaitu pening-pening atau sakit kepala. Pening kepala atau sakit kepala selepas makan daging ini, tidak semestinya disebabkan oleh darah tinggi atau kolestrol tinggi.

Anda mungkin sihat, cuma badan anda ‘terkejut’ disebabkan pengambilan daging yang tinggi. Jadi, sekiranya anda mengalami pening kepala akibat makan terlalu banyak daging, bolehlah mencuba petua di bawah ini untuk hilangkan pening kepala anda.

Petua Hilangkan Sakit Kepala

#1 Minum Teh O Panas

Mungkin ramai yang tak tahu, teh o panas mampu melarutkan kandungan zat besi yang terkandung dalam daging. Terutama daging kambing.

Untuk elak kepala anda pening atau sakit, minumlah teh o panas selepas menyantap juadah daging. Mencegah itu lebih baik.

#2 Minum Air Asam Gelugor

Ambil 2-3 keping asam gelugor. Rendamkan ke dalam air panas. Dan tutup.

Biarkan sehingga air panas menjadi air suam. Minum air rendaman asam gelugor.

air asam gelugor

Ya, memang air itu masam amat. Tapi itulah penawar sakit kepala. Selepas setengah jam, rasa pening akan mulai hilang.

#3 Minum Air Halia Bakar

Bakar halia menggunakan dapur arang.

Kemudian, kupas kulit air halia tersebut. Bersihkan dan masukkan dalam gelas.

Rendam halia tersebut sehingga 5-10 minit. Pati halia akan terhasil.

Selepas sejam, insyaAllah pening dan sakit kepala anda akan hilang.

#4 Minum Air Limau Kasturi

Ambil 2,3 limau kasturi, perahkan di dalam air suam & minum.

Makan sebiji limau kasturi bersama kulitnya sekali.

insyaAllah sakit kepala anda akan hilang selepas setengah jam.

Inilah perkongsian kami tentang petua hilangkan pening dan sakit kepala akibat banyak makan daging.

Boleh simpan atau kongsikan ini kepada kawan-kawan. InsyaAllah berguna terutama bila tiba musim korban hujung bulan ini.

One Reply to “Petua Kurangkan Pening Kepala Akibat Makan Daging”

Leave a Reply to Geng Borak Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge