Perdana Menteri Malaysia

PM Tan Sri Muhyiddin Yassin Sah Letak Jawatan

Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin disahkan telah mempersembah surat meletak jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Kini terpulang kepada kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membuat keputusan sama ada menerima atau sebaliknya peletakan jawatan Muhyiddin.

Sehubungan dengan itu, seluruh anggota kabinet telah meletak jawatan pada hari ini.

Namun. beliau masih mempunyai peranan besar dalam rundingan pembentukan kerajaan kerana beliau masih merupakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN).

Biodata Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin

  • Tan Sri Muhyiddin Yassin, 73 tahun
  • Ahli Parlimen P143 Pagoh sejak 1978 hingga 1986
  • Pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan serta Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri dalam tempoh tersebut.
  • Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor daripada tahun 1986 hingga 1995 sebaik dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang.
  • TSMY kembali berkhidmat dengan kerajaan persekutuan sebaik terpilih semula sebagai Ahli Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum 1995
  • Tan Sri Muhyiddin kini menyandang jawatan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)
  • Selepas PRU14 beliau dilantik menerajui Kementerian Dalam Negeri.
  • pernah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-10 semasa menganggotai Jemaah Menteri pada 2013.
  • pernah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Barisan Nasional dari tahun 2009 hingga tahun 2015.
  • Tan Sri Muhyiddin berkahwin dengan Puan Sri Hajjah Noorainee Abdul Rahman pada 22 September 1972 dan dikurniakan 4 cahaya mata.
  • TSMY pernah memegang beberapa jawatan penting sektor korporat di beberapa anak syarikat pelaburan kerajaan negeri termasuk Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor Darul Takzim (PKENJ); kini Perbadanan Johor (JCorp) sejak 1974 hingga 1978.
  • TSMY meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 pada 16 Ogos 2021.

Leave a Reply