scammer

Scam Wangiri. Penipuan “Missed Call” Dari Luar Negara.

Anda pernah mendapat panggilan “missed call” lebih daripada satu kali daripada nombor luar negara? Namun anda tidak mempunyai seorang kawan atau saudara yang berada di negara tersebut. Contohnya, anda mendapat panggilan tidak berjawab dengan kod panggilan negara “+242” iaitu dari negara Bahama sedangkan kod negara Malaysia adalah “+60”. Pasti anda curiga bukan?

Jika anda pasti tiada yang anda kenali di negara tersebut, usah memanggil kembali (return call) nombor tersebut. Usah terpedaya dengan panggilan “missed call” berkali-kali yang anda terima. Ianya bukan panggilan kecemasan, tetapi satu cuba penipuan atau scam dikenali sebagai WANGIRI.

Apa Itu Scam Wangiri?

Taktik penipuan Wangiri berasal dari Jepun. Wangiri itu sendiri berasal daripada frasa bahasa Jepun ialau “satu & potong (one & cut)”.

Modus operansi adalah dengan membuat panggilan dengan satu deringan tidak berjawab atau missed call, berulang kali. Nombor tertera adalah dari negara lain. Panggilan berulang kali sebegini akan membuatkan penerima panggilan akan menelefon kembali nombor yang diterima.

Nah! Dari sinilah penipu tersebut akan mendapat untung. Cas panggilan akan dikenakan ke atas anda dengan kadar yang tinggi dan tidak munasabah. Premium rate service! Si penipu ini akan menerima menerima ganjaran atau komisyen jika anda membuat panggilan kembali.

scammer USD

Tip Elak Menjadi Mangsa Scam Wangiri

Ada 2 langkah mudah untuk elak daripada menjadi mangsa penipuan Wangiri.

  1. Jangan angkat atau menjawab panggilan daripada nombor panggilan antarabangsa atau nombor yang tidak dikenali dan mencurigakan.
  2. Jangan mudah terpedaya untuk ‘return call’ atau mendial kembali nombor yang tidak dikenali terutama nombor antarabangsa dari negara lain.

Kepada anda yang suka berbelanja onlie, perlu lebig berhati-hati. Pastikan laman web ecommerce yang diakses dimulai dengan alamat “HTTPS”. Ini sebagai langkah awal untuk mengelakkan data peribadi anda jatuh kepada mereka yang tidak bertanggungjawab.

Anda juga perlu sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga daripada menjadi mangsa scam.

Anda boleh sentiasa:

  1. menggunakan Pin atau kata laluan (password) yang susah diteka atau diketahui. Selalulah menukar kata laluan ini daripada semasa ke semasa.
  2. berfikir panjang sebelum menekan pautan daripada email-email spam atau mencurigakan.
  3. untuk memuatturun sesebuah apps, gunakan ‘permissions’ dengan cara yang betul.
  4. elakkan memberi maklumat diri melalui SMS, panggilan telefon atau email.
  5. sekiranya mendapat panggilan yang mencurigakan, kekal bertenang. Sahkan setiap panggilan melalui laman web yang berkaitan. Anda juga boleh menyemak maklumat si pemanggil dengan menghubungi hotline yang berkaitan sebelum membuat apa-apa keputusan terutama berkaitan transaksi kewangan.

One Reply to “Scam Wangiri. Penipuan “Missed Call” Dari Luar Negara.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge