cuti umum Selangor

Selangor Beri Cuti Umum PRU15 Pada 18 November

Kerajaan negeri telah setuju mengisytiharkan 18 November depan sebagai cuti umum di Selangor.

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan pengundi yang bekerja dan menetap di Selangor dan perlu pulang ke kampung halaman masing-masing untuk mengundi.

Cuti umum itu melibatkan sektor kerajaan dan swasta adalah sehari sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi memberikan kemudahan orang ramai untuk mengundi.

Selangor Mempunyai Pengundi Paling Ramai

Berikutan pendaftaran secara automatik serta penurunan had umur pengundi, negeri Selangor mempunyai bilangan pengundi paling ramai di seluruh negara iaitu 3,677,848 orang.

Terdapat juga pengundi yang bekerja dan bermastautin di negeri ini untuk pulang mengundi di kampung halaman mereka.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memutuskan secara dasar untuk memberikan cuti umum sehari pada Jumaat, 18 November. Perkara ini perlu diputuskan minggu hadapan kerana sedang menunggu maklum balas dari penasihat undang-undang negeri.

“Saya kira tawaran ini lebih bermakna, bukan hendak tunggu menang atau kalah, kita beri saja cuti dulu, untuk membolehkan orang ramai peluang mengundi secara adil” – Menteri Besar Selangor.

Satu warta akan dikeluarkan pada Rabu depan untuk memaklumkan orang ramai mengenai keputusan kerajaan negeri itu.

Baca Juga: Pembubaran Parlimen Malaysia 2022

Sabah Digesa Beri Cuti Umum Selepas Selangor.

Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking menggesa kerajaan Sabah mencontohi Selangor mengisytiharkan cuti negeri kerana pilihan raya umum.

Beliau berkata, kerajaan negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu mengisytiharkan 19 Nov, yang jatuh pada Sabtu, sebagai cuti khas untuk membolehkan pekerja mengundi.

Beliau turut menggesa Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengisytiharkan 18 Nov sebagai cuti umum di seluruh negara bagi memudahkan pengundi menunaikan tanggungjawab keesokannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge