Suami Heliza Helmi Didakwa Scammer – Suruhanjaya Sekuriti Keluar Alert List

Pada 26 Februari 2024 Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah mengeluarkan maklumat mengenai individu dalam Investor Alert List bernama Mahadi Bin Badrul Zaman yang juga merupakan suami kepada penyanyi dan aktivis Heliza Helmi.

Senarai nama berserta nombor kad pengenalan yang dipaparkan mengesahkan identiti individu tersebut. Di bahagian remark tertulis kesalahan yang dilakukan syarikatnya.

Investor Alert List

Suruhanjaya Sekuriti menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat urusan perniagaan dengan syarikat tersebut. Jika melakukannya, kes tidak akan dilindungi di bawah undang-undang sekuriti Malaysia.

Seorang pengguna X dikenali sebagai Najib Fazail turut membuat semakan di laman web istiadat negara dan mendapati nama Mahadi tiada dalam senarai penerima gelaran Dato’ Seri.

Terdahulu, Mahadi membuat satu laporan polis mendakwa dirinya telah difitnah selepas laman Facebook Pseudoscience Watch (PW) membuat satu pendedahan mengenai aktiviti pelaburan yang dikatakan ‘scam’.

Untuk makluman, laman PW ini memang cukup terkenal dengan membongkar modus operandi scammer melibatkan pelaburan dan perniagaan.

Berniat Jahat Menjatuhkan Mahadi

Menurut Mahadi, pendedahan PW itu adalah berniat jahat dan bertujuan untuk menjatuhkan imej dan reputasi syarikat serta bersifat serangan peribadi.

Menerusi hantaran dibuat melalui Facebook, Mahadi atau lebih mesra dipanggil Abang Dee itu mendedahkan bahawa segala dakwaan dan tuduhan itu adalah palsu serta fitnah yang berniat jahat bertujuan untuk memburukkan namanya.

Tambah Mahadi lagi, produk yang dikeluarkan syarikatnya itu mengikut undang-undang dan pelaburan yang diusahakannya memiliki sijil patuh syariah oleh sebuah syarikat yang mempunyai kredibiliti tinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge