nahas kapal selam Indonesia

Terkini | Kapal Selam Indonesia KRI Nanggala 402 Ditemui. 53 Kru Disahkan Meninggal Dunia

Berdasarkan bukti-bukti kukuh iaitu penemuan barangan dari KRI Nanggala 402), Panglima Angkatan Tentera Nasional Indonesia (TNI), Hadi Tjahjanto telah mengesahkan bahawa KRI Nanggala-402 telah tenggelam, pecah tiga dan seluruh anak kapalnya seramai 53 orang telah meninggal dunia.

Tanda isyarat tenggelam (subsunk) bagi KRI Nanggala-402 diisytiharkan selepas operasi pencarian dilakukan selama 72 jam.

Antara barangan ditemui termasuklah serpihan sistem torpedo, sebotol minyak pelincir periskop serta sejadah yang digunakan untuk solat. Sauh serta sut keselamatan anak kapal juga ditemui.

KRI Nanggala-402 Hilang Di Perairan Utara Pulau Bali

Kapal selam milik Tentera Nasional Indonesia KRI Nanggala-402 dilaporkan hilang di perairan utara Bali sejak Rabu lalu.

Pengumuman penemuan itu dibuat selepas beberapa bahagian kapal selam itu ditemui hasil penelitian dasar laut

Kejadian tragis ini bermula sejak Rabu lalu apabila KRI Nanggala-402 dilaporkan hilang di perairan utara Bali.

Seramai 53 anak kapal dilaporkan berada di dalam kapal selam buatan Jerman itu yang terputus hubungan selepas melakukan latihan torpedo.

Pihak berkuasa memaklumkan mereka menerima isyarat dari lokasi sedalam lebih 800 meter (m) pada awal pagi Ahad dipercayai kedudukan KRI Nanggala 402 tenggelam.

KRI Rigel iaitu salah sebuah kapal perang canggih milik TNI telah melakukan penyiasatan dengan lebih terperinci di lokasi tersebut menggunakan multibeam sonar dan magnetometer telah menghasilkan visual dalam air yang lebih terperinci.

MV Ship Rescue milik Singapura juga telah menurunkan kenderaan kawalan jauh tanpa pemandu bawah air (ROV) untuk memperkukuh visual bawah air menggunakan kamera.

Sebelum ini, kesemua kru kapal selam tersebut mempunyai ‘talian hayat’ selama 72 jam sehingga jam 3 pagi (waktu tempatan) pada Sabtu lalu sebelum kehabisan bekalan oksigen.

Hasil penemuan seperti kemudi kipas belakang kapal selam, sauh, bahagian luar badan kapal selam, alat selaman yang terapung serta beberapa bahagian kapal yang lain mengukuhkan lagi fakta nahas yang menimpa kapal selam tersebut.


3 Replies to “Terkini | Kapal Selam Indonesia KRI Nanggala 402 Ditemui. 53 Kru Disahkan Meninggal Dunia”

Leave a Reply to abam Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge