kesan kafein

Wajib Tahu: Kafein Berlebihan Jejaskan Kesuburan Wanita

Secara asasnya, apa saja makanan atau minuman yang diambil secara berlebihan pasti akan menjejaskan tahap kesihatan sedia ada diri. Begitu juga dengan pengambilan kafein berlebihan pasti akan mendatangkan keburukan terhadap kesihatan diri jika ianya diambile secara berlebihan daripada sukatan yang dibenarkan.

Bagi penggemar kopi atau teh, anda pasti meneguk minuman ini sebelum memulakan sesi pekerjaan. Kesan mengambilan kafein ini dikhabarkan mampu membuatkan ‘kehidupan’ seseorang itu lebih bersemangat, bertenaga dan ceria melakukan aktiviti seharian.

Namun, sesetengah penggemar kafein akan dilanda resah apabila tidak dapat menikmati secawan kopi atau teh tarik. Ada juga yang mengalami sakit kepala serius sehingga perlu menyediakan stok air nescafe di ruang dapur rumah setiap masa.

Kesan Kafein Berlebihan Terhadap Kesihatan

Kenapa ramai sukakan minuman berkafein? Sudah pasti kerana kemampuannya dalam merangsang otak serta menghilangkan rasa mengantuk ketika memandu atau bekerja sepanjang hari.

Walau bagaimana mana pun, ramai penggemar kopi ini tidak menyedari bahawa kesan pengambilan kafein yang berpanjangan boleh mempengaruhi sistem organ bada yang lain. Contohnya, degupan jantung akan meningkat, tekanan darah, mempercepatkan pembentukan air kencingan dan proses metabolisme badan semakin aktif.

Selain itu, kesan minum minuman berkafein boleh menyebabkan masalah seperti:

1# Sukar Tidur

Kafein akan merangsang sisem saraf pusat. Ini menjadi punca anda mengalami masalah sukar untuk tidur atau insomnia.

Elakkan pengambilan minuman berkafein sekurang-kurangnya 6 jam sebelum tidur akan membantu anda.

2# Tekanan Darah Meningkat

Kafein yang diambil berlebihan boleh meningkatan tekanan darah. Tekanan yang tidak terkawal akan memberi risiko menghidapi penyakit tekanan darah tinggi.

Ini terjadi kerana kafein akan terus diserap oleh tubuh dan masuk ke aliran darahm.

Dalam tempoh 2 jam sahaja, kafein boleh mencapai tahap tertinggi dalam aliran darah dan sekaligus menyebabkan tekanan darah meningkat dalam waktu singkat.

Biasanya ini terjadi untuk sementara waktu, kecuali anda mempunyai masalah jantung.

3# Sakit Kepala

Kebanyakan penggemar kafein mengatakan bahawa mereka kerap mengalami sakit kepala. Keadaan ini boleh menjadi lebih teruk sekiranya tidak minum minuman berkafein dalam tempoh 24 jam.

Ini juga dikenali sebagai simptom ‘caffein withdrawal’ bagi mereka yang sudah biasa dengan pengambilan kafein setiap hari.

Selain itu, pengambil kafein tegar akan mudah melenting, mengantuk, lesu dan resah apabila tidak mengambil kafein dalam masa 24 jam.

4# Perut Tidak Selesa

Pengambilan minuman berkafein terlalu kerap boleh meningkatkan keasidan pada perut. Hal ini sekaligus mengundang masalah pedih ulu hati atau sakit perut.

Bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan seperti refluks asid atapun ulser mulut, disarankan supaya mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil minuman sebegini.

5# Keracunan Kafein

Minuman yang menandungi kafein jika diambil secara berlebihan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami keracunan kafein.

Antara tanda-tanda keracunan kafein adalah:

  • perasaan menjadi celaru
  • cirit-birit
  • loya
  • muntah
  • kerap buang air kecil
  • sering kehausan

Dos yang berlebihan boleh menjadi punca kematian sekiranya tidak dirawat di peringkat awal.

Kafein Berlebihan Jejaskan Kesuburan Wanita?

Tiada bukti kukuh menunjukkan kaitan antara pengambilan kafein berlebihan dengan masalah kesuburan wanita.

Namun, beberapa kajian telah mendapati tahap kafein yang tinggi dalam tubuh menyebabkan kehamilan menjadi sukar.

Secara umumnya, tiub falopian akan membawa telur anda dari bahagian ovari ke rahim (uterus). Otot-otot tiub falopian akan mengejang dalam gelombang-gelombang yang lancar dan beritma untuk membantu telur bergerak menuju ke destinasi.

Ini merupakan penelitian pakar bagaimana kafein boleh menjejaskan kesuburan wanita secara teori.

Bagi golongan lelaki, tidak banyak bukti yang mengatakan kafein mampu mengurangkan tahap kesuburan. Malah, ada pendapat mengatakan kafein bagi lelaku berupaya membantu kesuburan suami untuk merangsang kecergasan sperma.

One Reply to “Wajib Tahu: Kafein Berlebihan Jejaskan Kesuburan Wanita”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge