
Cara Pelaksanaan Hutang Si Mati. Ikut Faraid kah?
Nak tanya, kalau si suami meninggal tinggalkan hutang sahaja, harta takde satu pun. So hutang itu perlu dibahagi ikut faraid ke? Atau si isteri je yang tanggung hutang si suami?
Persoalan ini kami baca beberapa ketika sebelum ini di Twitter. Mungkin yang bertanya ingin tahu dan mungkin ramai lagi yang ingin tahu. Lalu kami menggali jawapan kepada persoalan ini.
Cara Pelaksanaan Hutang Si Mati
Wajib bayar hutang simati menggunakan duit dan harta peninggalan simati.Sekiranya simati tiada harta peninggalan (tiada aset alih atau tidak alih) maka tidak harus kepada waris faraid termasuk isteri untuk menyelesaikannya menggunakan duit waris kecuali atas ehsan waris untuk membayarkan hutang simati.
Persoalan: Adakah hutang simati dibahagikan seperti mana mengikut bahagian faraid?
Hutang simati TIDAK DIBAHAGIKAN mengikut faraid. Hutang simati perlu dijelaskan menggunakan duit dan harta peninggalan simati. (Basic)
Apabila mati seseorang , harta yang ditinggalkan oleh simati perlu menjelaskan hutangnya dahulu. Oleh sebab itu pembayaran hutang simati berada di peringkat kedua teratas yang perlu dibuat dalam pengurusan harta pusaka simati. Pembahagian harta kepada waris faraid adalah pada peringkat terakhir dalam urusan pengurusan harta pusaka simati.
Jika simati tidak meninggalkan harta maka tidak harus keatas waris faraid termasuk isteri (isteri waris faraid) menyelesaikan hutang tersebut kecuali atas ehsan waris faraid tersebut.
* Waris disini adalah waris faraid termasuk isteri. Isteri adalah waris faraid simati.
Dipetik dari Fb Ahmad Mustapha

Tambahan maklumat dari tuan Afyan selepas respon daripada pembaca kepada persoalan di atas.
1- Ramai yang bertanya siapa yang nak bayar hutang simati jika dah hutangnya tak wajib dibayar menggunakan duit waris faraid.(Simati akan tanggung hutang tersebut dan perlu dibayar di akhirat)
2- Adakah hutang simati itu akan di tanggung oleh simati? Kesian simati kerana membawa hutang bersama nya ke alam seterusnya. (Ya akan ditanggung oleh simati)
Tuan- puan, sebab itulah kita perlu membuat perancangan semasa hidup terutamanya untuk diri kita sendiri.
Buat pembiayaan / pinjaman rumah kita ambil sekali dengan perlindungan MRTA/ MRTT/ MLTA/MLTT bagi melindungi baki pinjaman rumah kita. Pihak takaful akan selesaikan baki hutang kita apabila kita meninggal dunia dalam tempoh pembiayaan tersebut.
Hutang kereta, kita ambil sekali dengan perlindungan autolife bagi melindungi ke atas baki pembiayaan kereta. Sekiranya kita meninggal dunia dalam tempoh pembiayaan tersebut maka pihak takaful akan selesaikan.
Ada yang bertanya, bagaimana jika saya dah buat pembiayaan kereta atau apa apa pembiayaan / hutang dengan agensi / individu / kawan tetapi masa beli saya tak ambil perlindungan tersebut bagi melindungi baki pembiayaan / pinjaman / hutang tersebut.
Jangan risau, tuan/ puan boleh menyediakan satu dana pantas bagi menyelesaikan hutang tersebut apabila tuan/puan meninggal dunia.
Beribu penyelesaian, antara salah satunya adalah dengan anda menyertai sumbangan takaful serendah RM100 bagi menyediakan satu dana pantas berjumlah RM250,000.00 bagi menyelesaikan hutang anda.
Bagus ni jika ada perancangan untuk waris-waris. Serba sedikit dapat ringankan beban nanti
Geng Borak recently posted…Tarikh Bayaran Bantuan Khas Covid19 (BKC 2021) – Bermula 6 September