BKC19

Bayaran Bantuan Khas Covid19 (BKC) Fasa 1 Bermula 6 September 2021.

Bagi meringankan beban rakyat yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup akibat penularan virus Covid-19, Kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Khas Covid-19 (BKC) sebagai bantuan tunai langsung kepada mereka yang layak.

BKC merupakan sebahagian daripada inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), selain bayaran  tambahan kepada pakej rangsangan ekonomi.

Penerima Bantuan Khas Covid-19

BKC19

Kelayakan penerima BKC dalam golongan miskin tegar dan B40 ialah berdasarkan kriteria kelayakan BPR 2021 dengan jumlah pendapatan isi rumah atau warga emas (RM5,000 dan ke bawah), manakala individu bujang (RM2,500 dan ke bawah).

Bagi kelayakan penerima M40 pula, golongan ini perlu melaporkan cukai pendapatan dengan jumlah  pendapatan isi rumah (RM5,001 hingga RM9,000), manakala bujang (RM2,501 hingga RM5,000).

Bagi miskin tegar, isi rumah yang berkelayakan menerima jumlah bantuan sebanyak RM1,300, ia melibatkan tiga fasa pembayaran iaitu RM500, RM500 dan RM300; warga emas sebatang kara dan individu bujang dengan kelayakan bantuan RM500 melibatkan dua fasa pembayaran (RM200 dan RM300).

Penerima golongan B40 pula, isi rumah dengan kelayakan bantuan sebanyak RM800 adalah melibatkan dua fasa pembayaran iaitu RM500 dan RM300 manakala warga emas sebatang kara dan individu bujang dengan kelayakan bantuan RM200 akan menerima sekali pembayaran.

Seterusnya bagi penerima M40, isi rumah dengan kelayakan bantuan RM250, warga emas sebatang kara dan individu bujang (RM100) juga menerima sekali pembayaran.

Bayaran Bantuan Khas Covid19 Mulai 6 September

Bantuan Khas COVID-19 (BKC) fasa satu akan dibayar bermula Isnin ini dan dijangka selesai 10 September.

Diharap pembayaran BKC ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-19.

One Reply to “Bayaran Bantuan Khas Covid19 (BKC) Fasa 1 Bermula 6 September 2021.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge