harga pari daun

Ambil Masa 1.5 Jam Naikkan Pari Daun 280 Kilogram.

Baru-baru ini, Berita Harian Online melaporkan kejayaan 4 sekawan berjaya menaikkan ikan pari daun seberat 280 kilogram dengan lebar 4 meter di Muara Sungai Lundu, Sarawak. Pari gergasi itu terperangkap di pukat yang dipasang oleh mereka di awal pagi hari sebelumnya.

Tidak sesenang mengangkat hasil lautan hari-hari biasa, 4 sekawan ini mengambil masa selama sejam setengah bertarung dengan pari gergasi ini sebelum ianya tewas dan berjaya diangkat ke daratan.

Mereka juga biasa mendapat ikan pari bersaiz besar, tetapi ini kali pertama memperolehi pari gergasi yang menyamai berat badan lima orang dewasa.

ikan pari daun gergasi
Nak Masak Apa Hari Ini Dengan Ikan Pari 280 kilo?

Tentang Ikan Pari Daun

Ikan pari daun adalah salah satu spesis di antara 200 spesis ikan pari yang terdapat di seluruh dunia.

Ikan pari daun juga lebih agresif dan berbahaya. Pada bahagian ekor ikan pari daun, terdapat layar kecil berwarna kehitaman. Asasnya, ikan pari mempunyai taji di bahagian pangkal ekor dan dilitupi dengan bahan sama seperti sisik ikan yu. Di bahagian ini, akan menjadi keras apabila ikan pari berasa dirinya terancam dan berbentuk seperti pisau daging bergerigi dan mengeluarkan biasa yang boleh membunuh manusia.

Mengikut Makmal Mote Marine, bisa itu adalah toksin berasaskan protein yang menyebabkan kesakitan pada mamalia dan boleh juga mengubah kadar degupan jantung dan pernafasan. Masih ingatkah anda dengan insiden yang meragut nyawa selebriti dan pakar hidupan liar, Steve Irwin yang maut kerana ditikam taji ikan pari yang berbisa?

Di Malaysia, ikan pari daun menjadi kegemaran ramai untuk dijadikan hidangan dengan pelbagai jenis masakan. Isi ikan pari daun lebih tebal berbanding spesis laun dan pangkal ekor lebih besar.

Harga Pasaran Semasa Ikan Pari Daun

Berdasarkan carian kami di pasaraya-pasaraya tempatan, harga ikan pari daun boleh mencecah RM21.69 per kilogram.

Jika harga pasaran Tesco (RM20.35/kg) dijadikan rujukan, ini bermakna 4 sekawan dari Lundu berjaya memperoleh nilai tangkapan sebanyak RM5,698 dalam masa sejam setengah.

Ini adalah harga ikan pari daun mentah. Selepas dijadikan satu-satu hidangan seperti ikan pari bakar, nilainya pasti akan lebih tinggi.

Resipi Ikan Pari Daun

Sedia maklum, ikan pari daun merupakan spesis yang paling mudah didapati di pasaran tempatan. Jadi, apakah menu ikan pari daun yang menjadi kegemaran ramai?

Ikan pari daun mempunyai isi yang lebih tebal dan lembut menjadikan menu asam pedas menjadi pilihan ramai. Selain itu, ikan pari daun juga boleh dibakar kosong dan dicicah air asam atau dibakar berempah.

Kami juga menemui resipi Sambal Ikan Pari Daun Kunyit yang mabeles dan sesuai dijadikan hidangan berbuka puasa nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge