sebab sakit kepala

Amoeba Pemakan Otak Mula Dikesan di Korea Selatan

 Kes pertama jangkitan Naegleria fowleri yang biasanya dirujuk sebagai ‘amoeba pemakan otak’ telah dilaporkan di Korea Selatan pada Disember tahun ini.

Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) mengesahkan kematian warga tempatan berusia lingkungan 50-an selepas mangsa kembali dari sebuah negara Asia Tenggara pada 10 Disember lalu, selepas menetap selama empat bulan di negara terbabit.

Lelaki itu dipercayai meninggal dunia selepas dijangkiti Naegleria fowleri, yang merosakkan otak, dimasukkan ke hospital sehari selepas kepulangannya dan meninggal dunia pada Selasa lalu.

Ujian klinikal mengesahkan gen dalam badan lelaki itu adalah 99.6 % sama dengan yang ditemui dalam badan pesakit meningitis di luar negara.

KDCA memaklumkan, kemungkinan penularan Naegleria fowleri daripada individu kepada individu lain adalah rendah, tetapi menasihatkan penduduk tempatan untuk mengelakkan diri daripada berenang di kawasan di mana penyakit itu sudah merebak.

Apa Itu Amoeba Pemakan Otak ?

Naegleria fowleri ialah amoeba atau organisma sel tunggal yang hidup, biasa ditemui di tasik air tawar yang hangat, sungai, terusan dan kolam di seluruh dunia. Amoeba disedut melalui hidung, bergerak ke otak dan memusnahkan tisu otak.

Naegleria fowleri ini berkembang dengan baik di tempat bersuhu di atas 46 darjah Celsius.

Apabila amoeba pemakan otak memasuki tubuh manusia, amoeba akan menjangkiti otak dan selaput otak. Situasi ini dipanggil “meningoensefalitis amoeba primer”.

Simptom Dijangkit Amoeba Pemakan Otak

Meningoensefalitis amoeba primer akibat infeksi Naegleria fowleri menyebabkan keradangan otak dan jaringan otak manusia menjadi rosak.

Pada tahap awal penyakit, gejala-gejalanya serupa dengan penyakit “Bacterial meningiti”.

Gejala awal akan muncul sekitar 1-9 hari setelah pertama kali terdedah kepada amoeba. Berikut tanda-tanda awal dijnagkiti amoeba pemakan otak:

  • Sakit kepala
  • Demam
  • Mual
  • Muntah

Semakin lama tempoh dijangkiti, gejala-gejala akan semakin parah. Hal ini menandakan perkembangan amoeba yang semakin cepat. Berikut gejala-gejalanya:

  • Ketegangan di bahagian leher
  • Kesukaran untuk fokus
  • Kehilangan keseimbangan
  • Kejang
  • Halusinasi

Ketika gejala-gejala di atas sudah muncul, penyakit akan berkembang dengan sangat cepat dan boleh menyebabkan kematian dalam tempoh seminggu.

Tiga peringkat kehidupan amoeba pemakan otak, Naegleria fowleri. Gambar ihsan KDCA

Risiko Terdedah Kepada Amoeba

Jutaan daripada kita terdedah kepada amoeba yang menyebabkan infeksi otak, namun hanya beberapa orang yang disahkan menghidap penyakit ini.

Ada banyak faktor untuk dijangkiti amoeba pemakan otak, iaitu:

  • Berenang di air tawar: Kebanyakan mereka terdedah kepada jangkitan ini adalah mereka yang melakukan aktiviti renang di air tawar dalam 2 minggu terakhir.
  • Ke tempat beriklim panas: Amoeba berkembang di air panas atau bersuhu tinggi.
  • Usia: Anak-anak dan orang dewasa muda adalah kelompok usia yang paling sukar dijangkiti.

Jangkitan Naegleria fowler Di Seluruh Dunia

Sebanyak 381 kes Naegleria fowleri dilaporkan di seluruh dunia setakat 2018 termasuk di AS, India dan Thailand.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge