doa-murah-rezeki

Doa Dipermudahkan Urusan Harian

Dalam menjalani urusan kita seharian, kita pasti mahukan semuanya berjalan dengan lancar dan baik. Ada kalanya kita diuji dengan kesulitan. Pada satu-satu masa, kita terdedah kepada masalah di tempat kerja, di rumah, urusan perniagaan mahupun pelajaran.

Apakah bacaan-bacaan doa yang boleh diamalkan supaya dipermudahkan urusan?

Doa Dipermudahkan Urusan

Daripada Anas R.A, Rasulullah SAW bersabda :


اللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ ما جَعَلْتَهُ سَهْلاً، وأنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إذَا شِئْتَ سَهْلاً

Maksud : Ya Allah! Tiada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikannya sebagai kemudahan. Dan Engkaulah yang menjadikan perkara yang sukar itu jika Engkau kehendaki dengan kemudahan.

Riwayat al-Baihaqi (265)

Sesungguhnya, hanya Allah yang mampu memudahkan perkara yang sukar, mampu meluaskan jalan yang sempit.

Manusia hanya mampu merancang, Allah yang akan menentukan. Sebagai hamba yang lemah, kita perlulah melazimi untuk berdoa dan meletakkan harapan kepada-Nya dalam setiap urusan yang kita lakukan.

Doa tidak mungkin dapat menghilangkan masalah sekelip mata, namun semoga dengan berkat doa ini, Allah dapat melapangkan fikiran dan hati kita supaya dapat melalui cabaran dengan lebih sabar dan cekal.

Ingatlah bahawa Allah memegang sifat Ar-Razzaq, Yang Maha Memberikan Rezeki dan mencukupkan keperluan hamba-hambanya.

Selamat Beramal

Diharapkan bacaan doa untuk dipermudahkan urusan ini akan membantu para pembaca dan semoga dipermudahkan urusan di dunia ini. Semoga perkongsian doa ini bermanfaat buat semua.

InsyaAllah Allah SWT permudahkan setiap urusan kita. Selamat beramal!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge