Doa Pagi Hari Yang Mudah Diamalkan
Bacaan doa pagi hari biasanya dibaca sebelum memulakan aktiviti harian. Doa pagi hari ini dibaca untuk memohon keberkatan dan melindungi diri dari keburukan sepanjang aktiviti harian.
Islam memberikan perhatian khusus pada waktu pagi hari ini. Bahkan Rasulullah SAW memanjatkan doa khusus bagi umatnya pada waktu pagi hari:
اللَّهُمَّ بَارِكْ لأُمَّتِى فِى بُكُورِهَا
“Ya Allah, berkahilah umatku di waktu paginya.”
Rasulullah SAW juga mengajarkan kepada kita untuk senantiasa berdoa seusai solat Subuh atau waktu pagi hari sebagai berikut:
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً
Allahumma inni as aluka ‘ilman naafi’aa wa rizqan toyyibaa wa ‘amalan mutaqabbalaa
“Ya Allah, sungguh aku memohon kepadaMu ilmu yang manfaat, rezki yang baik dan amal yang diterima.” (HR. Ibnu As-Sunni dan Ibnu Majah).
Ibnul Qayyim rahimahullah berkata, “Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya.”
Rasulullah SAW tidak menjumpai pagi melainkan bergegas dalam memulakan aktiviti harian. Seperti yang Allah SWT firmankan:
وَإِذْ غَدَوْتَ مِنْ أَهْلِكَ تُبَوِّئُ الْمُؤْمِنِينَ مَقَاعِدَ لِلْقِتَالِ وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
“Dan (ingatlah), ketika kamu berangkat pada pagi hari dari (rumah) keluargamu akan menempatkan para mukmin pada beberapa tempat untuk berperang.” (QS. Ali Imron [3]: 121).
Sebagai bentuk rasa syukur, muslim muslimat boleh membaca doa sebagaimana telah diajarkan oleh Rasulullah SAW.
Semoga Doa Pagi Hari ini memberi 1001 keberkatan dan perlindungan daripada apajua bahaya dan keburukan .
Doa pagi hari juga diharapkan dapat membuka pintu rezeki untuk kita semua.