duit rosak

Apa Perlu Buat Jika Dapat Duit Koyak?

Pernah tak ketika anda hendak membayar makanan yang dibeli di kedai mamak, anda menghulurkan duit RM10 kepada cashier di kaunter, tetapi cashier itu enggan menerima not tersebut. Alasannya, not RM10 atau duit itu terkoyak sedikit.

Anda kaget kerana hanya membawa sekeping duit RM10 tersebut di dalam kocek. Bolehkah cashier tersebut tidak menerima duit koyak tersebut?

Wang Koyak Atau Rosak Masih Sah Diguna Pakai

Di sisi undang-undang, wang yang anda hulurkan pada cashier tersebut sebenarnya masih sah dan boleh diguna pakai walaupun koyak atau rosak. 

Oleh itu, peniaga tersebut sepatutnya tidak boleh menolak duit yang diberikan oleh anda, jika kerosakan adalah kecil.

Wang Kertas Koyak Atau Masih Ada Nilai

Untuk pengetahuan semua, wang kertas yang rosak ataupun koyak sebenarnya masih mempunyai nilai dan boleh ditebus semula di bank. 

Contoh jenis kerosakan wang kertas:

  1. Kotor atau lusuh
  2. Struktur wang kertas sudah lembik
  3. Renyuk
  4. Koyak
  5. Berlubang
  6. Terbakar
  7. Dimakan anai-anai
  8. Luntur warna

Prosedur Tukar Wang Kertas Rosak

1. Bawa wang rosak tersebut ke bank. 

Sekiraya kerosakan biasa, boleh saja dibawa ke mana-mana bank. Namun, jika kerosakan adalah teruk, wang tersebut perlu dibawa ke Bank Negara Malaysia (BNM).

2. Pihak bank akan nilai tahap kerosakan duit

3. Selesai proses penukaran wang, anda akan terima duit baru berdasarkan nilai kerosakan wang tersebut.

duit rosak

Kategori Nilai Penebusan Wang Kertas Cacat

1. Wang kertas yang masih ada sekurang-kurangnya 2/3 dari saiz asal – nilai penuh akan diberikan.

2. Wang kertas yang masih ada melebihi ½ tetapi kurang dari 2/3 dari saiz asal – nilai separuh akan diberikan

3. Wang kertas yang masih ada kurang dari ½ dari saiz asal – tiada nilai akan diberikan

Bagaimana pula kalau wang kertas tu ada kesan contengan?

Nilai penuh akan diberikan jika kesan contengan itu hanya sedikit. 

Jika ada contengan di potret Yang DiPertuan Agong, atau contengan slogan politik atau sebagai pad tulisan, wang kertas itu tidak akan diberikan apa-apa nilai.

Oleh itu, jika kita memperoleh wang kertas yang cacat, tengok dulu sama ada kecacatan tersebut banyak atau tidak, jangan terus dibuang. 

Jika hanya kecacatan kecil, boleh ditukar semula di bank dan kita akan dapat balik nilai duit tersebut.

Jika ada peniaga yang enggan menerima wang kertas yang mempunyai kecacatan kecil, boleh terangkan perkara ini kepada mereka.

Jika peniaga enggan juga, boleh tukar guna wang kertas lain yang elok, jika ada. Kemahiran memujuk dan menyampaikan ilmu diperlukan pada saat ini terutama ketika anda tiada wang lain.

Cara Jaga Wang Polimer Dengan Betul

Pihak Bank Negara Malaysia juga ada berkongsi tentang cara terbaik menjaga wang polimer (not RM1, RM5, RM10).

Wang polimer RM1 dan RM5 mula diperkenalkan dalam mata wang Malaysia siri keempat pada tahun 2012. Selain tidak mudah koyak, wang polimer juga tidak menyerap air, lebih bersih dan tahan lebih lama. Jika wang polimer ini dikendalikan dengan cara yang betul, ia boleh digunakan dalam tempoh yang lebih lama. Oleh itu, anda perlulah:

  1. Simpan wang polimer secara MENDATAR atau MENEGAK di dalam dompet atau beg duit.
  2. BERSIHKAN wang polimer jika kotor.
  3. Guna PENGIKAT GELONG KERTAS untuk mengikat wang polimer.
Hantara daripada wang polimer

Anda juga perlu elakkan perkara ini:

  1. JANGAN lipat wang polimer berulang kali (contohnya sebagai hiasan) kerana ia akan meninggalkan kesan lipatan kekal.
  2. JANGAN renyukkan wang polimer. 
  3. JANGAN gunakan dawai kokot, objek tajam atau pin pada wang polimer.
  4. JANGAN dedahkan wang polimer secara langsung kepada suhu yang tinggi.

Perkara di atas juga perlu diambil kira bagi menjawa wang kertas. Untuk makluman, wang kertas RM diperbuat daripada kapas.

Semoga perkongsian ini dapat menjawab persoalan ramai yang tak tahu nak buat apa bila dapat duit koyak atau rosak.

3 Replies to “Apa Perlu Buat Jika Dapat Duit Koyak?”

  1. Pernah lihat di bank, petugas kaunter tolak mentah-mentah warga asing nak tukar duit RM10 yag rosak. Tapi mungkin sebab sekeping je kot. Terdengar jugak la perbualannya. Katanya proses susah la, tak dapat serta merta la. Mungkin juga warga asing tersebut nak tukar dan dapatkan ganti serta merta.

    Terima kasih atas perkongsian. Ilmu baharu ni.
    Otak Kiri recently posted…Syiling Perak 999 AG Thank You Frontliner.My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge