isteri curang

Adakah Tindakan Suami Nadia Brian Memfailkan Cerai Satu Tindakan Betul?

Semasa sayang masih menebal, segala-galanya manis. Apabila hati sudah benci, segala aib didedahkan. Ini adalah satu tindakan yang tidak sepatutnya diambil semasa rumahtangga yang dibinda atas rasa sayang dan cinta mula bergoyang.

Baru-baru ini, dunia selebriti Malaysia digemparkan dengan pendedahan suami kepada pelakon jelita Nadia Brian, iaitu Muizz Nasruddin.

Beliau mendedahkan pelakon itu curang bersama 2 orang lelaki. Menurutnya lagi, beliau turut menerima video kecurangan isterinya itu yang dihantar oleh seseorang sebagai satu bukti kukuh.

Baca Juga: Hukum Isteri Dicerai Berkenalan Dengan Lelaki Lain

nadia brian dan muiz bersanding
Nadia Brian & Muiz

Sedikit demi sedikit teka teki mengenai persoalan rumah tangga Nadia Brian didedahkan oleh suaminya, Muizz Nasruddin.

“Tuduhan saya berasas. Saya ada bukti – suami Nadia Brian”

Muizz sudah memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, pada 2 Oktober lalu selepas mendakwa melihat Nadia bersama seorang lelaki di bilik hotel di Cyberjaya.

Muizz berkata, sekiranya dia terus berdiam diri dan tidak menceraikan isterinya, dia akan dianggap sebagai lelaki dayus.

Betul, suami mana yang boleh bertolak-ansur apabila isteri kantoi bersama lelaki lain di bilik hotel. Dengan mata kepala sendiri pula tu. Tidak dinafikan, tindakan suami membuka aib si isteri adalah perkara yang salah.

Betulkan Tindakan Suami Nadia Memfailkan Cerai?

Namun, betulkah tindakan suami kepada Nadia memfailkan cerai tanpa berfikir lebih panjang?

Ikatan perkahwinan adalah bentuk penyatuan dua hati yang sangat dituntut dalam Islam. Menerusi hubungan inilah lelaki dan wanita mula belajar untuk berkongsi kasih sayang, pandangan, idea dan seluruh kehidupan mereka yang dulunya hanya diketahui keluarga dan kenalan rapat.

Membina hubungan suami isteri bukanlah perkara main-main. Banyak perkara perlu diambil serius supaya setiap keperluan dan kehendak sentiasa seimbang, mewujudkan sikap tolak-ansur dan berpegang kepada tanggung­jawab.

Sejak kebelakangan ini, banyak kes kecurangan rumahtangga berlaku. Ada yang mendapat perhatian media, tidak kurang juga yang sekadar berlaku dalam kalangan keluarga mahupun teman. Ada yang membuat aduan, ada yang buat-buat diam.

Cerita Pasangan Curang Bukan Isu Enteng

Walau apapun punca dan keadaan, cerita kecurangan pasa­ngan bukanlah isu enteng dan boleh dipandang remeh.

Ada yang mengetahui hubungan sulit pasangan menerusi panggilan telefon kekasih gelap, menemui bukti mereka keluar bersama, mengesyaki perubahan mendadak serta paling mengecewakan apabila menjadi saksi kedua-duanya bermadu asmara.

Menurut Perunding Motivasi Dan Kaunseling Keluarga, Dr Robiah K Hamzah, kebanyakan yang tergamak berlaku curang dalam perkahwinan adalah kaum suami. Fakta itu dijelaskan menerusi purata 10 kes kaunseling rumah tangga yang pernah dirujuk kepadanya.

Namun, ianya tidak mustahil untuk berpunca daripada kaum isteri.

Berbincanglah

Apabila isteri sah berlaku curang di belakang suami, kumpul kekuatan untuk berdepan dengannya secara bijaksana. Ketepikan emosi dan cuba bersikap rasional.

Tanyakan kepada pasangan sama ada anda dan dirinya masih sesuai atau serasi bersama. Berterus-terang lebih baik daripada terus menyakiti perasaan sendiri mahupun pasangan. Lihat sama ada perkahwinan yang dibina masih boleh diteruskan atau perlu mengalah saja.

Dapatkan Kaunseling

Segelintir pasangan sukar berbaik semula berikutan pasangan sudah menjalin hubungan sulit hingga tidur bersama. Apabila kecurangan melangkaui batas, eloklah bertemu pakar untuk mendapatkan kaunseling.

Menerusi kaunseling, anda boleh menganalisis, mengenal kelemahan, kekuatan dan kemampuan masing-masing. Dari situ, anda boleh melihat bahagian mana dalam diri dan hubu­ngan suami isteri yang boleh dibaiki.

Lazimnya, kes kecura­ngan berlaku kerana pegangan agama yang lemah, hidup yang sudah jauh daripada Maha Pencipta. Ketahuilah bahawa reda Allah SWT itu sangat penting dalam membina perkahwinan bahagia.

Kembali Ke Jalan Yang Benar

Mereka yang sentiasa mengingati Tuhan, menjalankan tanggungjawab dan suruhan Allah SWT serta berusaha meninggalkan larangan-Nya, pasti tidak terasa terlalu terbeban dengan mainan emosi.

Berbeza dengan suami atau isteri yang jauh dan lalai, mereka mungkin mengambil sedikit masa untuk kembali berikutan adanya pengaruh emosi dan nafsu. Namun, jika Allah SWT membimbing semula hati yang lalai ini, pastinya ia kembali menjadi baik.

Selagi ada ruang untuk mencari nasihat, berbincang dan bertukar pandangan, pasangan digalakkan supaya mendapatkan bantuan sewajarnya.

Kami di Lima Minit mendoakan supaya Nadia dan Muizz dapat selesaikan dengan baik. Insyallah.

3 Replies to “Adakah Tindakan Suami Nadia Brian Memfailkan Cerai Satu Tindakan Betul?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge