Amerika ban TikTok

Aplikasi TikTok dan WeChat Disekat Pengunaannya di U.S Bermula Hari Ini!

Sebelum ini, kerajaan India dilaporkan meminta Apple dan Google untuk menyekat TikTok selepas mahkamah tinggi di Madras mengeluarkan amaran yang ia boleh mendedahkan kanak-kanak kepada pedofilia, kandungan lucah dan buli siber.

Tindakan ini bukanlah masalah kepada rakyat India. Namun, ianya masalah besar bagi pemilik TikTok, Bytedance yang diasaskan oleh Zhang Yiming kerana pengharaman itu akan berkemungkinan menyekat perkembangannya memandangkan India merupakan pasaran yang paling pesat berkembang di dunia.

Terkini, bemula hari ini (20 September 2020), Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (U.S Commerce Department) akan menyekat muat turun aplikasi TikTok dan WeChat di Amerika Syarikat. Arahan ini telah dikeluarkan bagi menghalang pengguna di A.S memuatnaik aplikasi yang dimiliki oleh syarikat China dan TikTok yang dimilik oleh ByteDance.

Dua sebab utama penyekatan aplikasi adalah kerana krisis keselamatan yang melanda U.S-China dan risiko pengumpulan data pengguna di U.S.

ByteDance dan Tencent Nafi Tuduhan Amerika Syarikat

Walaubagaimana pun, ByteDance dan pemilik WeChat, Tencent Holdings menafikan data-data yang diperoleh digunakan untuk tujuan risikan ke atas kerajaan Donald Trump. TikTok, dalam satu kenyataan, mengecam perintah AS itu dan mengatakan akan terus menghalang tindakan keras oleh pentadbiran Trump.

Kredit: Tolga Akmen/AFP/Getty Images; Clancy Morgan/Business Insider

Setiausaha Perdagangan AS, Wilbur Ross, dalam satu kenyataan, berkata Parti Komunis China menunjukkan cara dan motif untuk menggunakan aplikasi itu untuk mengancam keamanan nasional, dasar luar serta ekonomi AS.

Semua gudang aplikasi termasuk Apple App Store dan Google Play Store akan membuang 2 aplikasi tersebut daripada gudang mereka untuk pengguna U.S.

Aplikasi Lain Akan Terus Dibenarkan

Namun, aplikasi lain di bawah syarikat ByteDance dan Tencent seperti aplikasi permainan akan terus dibenarkan untuk muat turun. Pengguna Tiktok yang sudah memuat turun aplikasi itu masih boleh mengakses perkhidmatan berkenaan hingga 12 November ini

Arahan menyekat aplikasi ini memberi impak bukan hanya kepada hubungan ekonomi dua negara ini, tetapi akan mencetuskan masalah kepada rakyat China yang menetap di Amerika Syarikat.

Tindakan ini secara langsung melumpuhkan penggunaan WeChat di AS, yang digunakan untuk membuat pesanan, membeli-belah, pembayaran dan perkhidmatan lain.

Sedia maklum, warga China lebih gemar berkomunikasi sesama mereka mengguna aplikasi WeChat. Jika arahan di diteruskan, mungkin pengguna iPhone di U.S tidak dapat berkomunikasi dengan saudara atau rakan mereka di China.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge