iklan Unifi pakej 500Mbps

Dakwaan Pengguna Ada Pengurangan Kelajuan Muat Naik Unifi Adalah Benar!

Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesahkan menerima aduan pengguna berlakunya pengurangan kelajuan muat naik (upload) bagi pakej Unifi 500Mbps yang telah dilancarkan oleh TM bulan lepas.

Pengadu mendakwa pihak TM telah menawarkan kelajuan muat naik 200Mbps bersama pakej Unifi yang menyediakan kelajuan muat turun (download) 500Mbps. Aduan dibuat berikutan pengadu telah mengesan perubahan pakej dibuat sejak 2 September dengan kelajuan muat naik dikurangkan separuh kepada 100Mbps.

Aduan berhubung isu sama turut dilaporkan oleh beberapa portal berita dalam talian yang menganggap pengguna terpedaya dengan tawaran melalui pakej awal diiklankan pihak TM.

Kesilapan Teknikal Dalam Konten Iklan

Ekoran aduan ini, pihak TM telah menjawap dakwaan ini dengan memohon maaf ada kesilapan teknikal yang telah berlaku.

TM menegaskan bahawa tiada sebarang perubahan dibuat pada konfigurasi kelajuan muat naik bagi pakej unifi 500Mbps.

TM dalam kenyataan hari ini berkata, pembetulan sudah dibuat bagi kesilapan kelajuan muat naik untuk pakej 500Mbps yang tertera di Soalan-soalan Lazim (FAQ), portal unifi dan risalah pada 2 September 2020.

Konfigurasi kelajuan muat naik yang betul bagi pakej 500Mbps adalah 100Mbps dan bukannya 200Mbps seperti tertera dalam versi FAQ, portal unifi dan risalah sebelum ini.

SKMM akan meneruskan siasatan dengan dan tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan terhadap TM sekiranya mereka didapati TM telah melanggar kepentingan pengguna atau pun membuat tawaran iklan di media yang mengelirukan atau pengiklanan palsu.

Pihak TM juga telah menghubungi pelanggan yang telah melanggan pakej 500Mbps ini sejak 24 Ogos bagi memaklumkan kepada mereka berkenaan kesilapan itu dan pilihan yang mereka ada, bermula Isnin, 21 September 2020.

Pelanggan Boleh Batalkan Langganan 500Mbps Dalam Tempoh 30 Hari

Memandangkan pakej 500Mbps ini baru dilancarkan, pihak TM menyatakan semua pelanggan pakej 500Mbps yang terkesan mempunyai pilihan untuk tidak meneruskan langganan tanpa dikenakan sebarang bayaran penalti.

Namun, ada pengguna yang mendakwa, kebenaran membatalkan langganan tanpa penalti hanya terpakai kepada pelanggan baru. Kepada pelanggan sedia ada, tempoh percubaan selama 30 hari adalah tidak terpakai.

Diharap, pihak yang bertanggungjawab dapat menjelaskan dengan lebih terperinci tentang perkara ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge