
BELANJAWAN 2023: RINGKASAN INTIPATI KANDUNGAN BAJET
Peruntukan untuk Bajet 2023 adalah RM372.3 bilion berbanding RM385.3 bilion pada 2022 (semakan semula daripada RM332.1 bilion).
Kerajaan akan terus laksana dasar fiskal mengembang untuk pastikan agenda Bajet 2023 yang responsif.
Dasar fiskal mengembang diteruskan, sediakan bantuan sewajarnya kepada rakyat dan sokong perniagaan.

3 penerima utama Bajet 2023 ialah Kementerian Kewangan (RM72.2 bilion), Kementerian Pendidikan (RM55.6 bilion) dan Kementerian Kesihatan (RM36.1 bilion) yang merangkumi 44 peratus daripada jumlah perbelanjaan.
Bajet 2023 peruntuk RM272.3 bilion bagi Belanja Mengurus, RM95 bilion bagi pembangunan, RM5 bilion di bawah Kumpulan Wang #COVID19 dan RM2 bilion sebagai Simpanan Luar Jangka.
Nasib golongan susah diberi keutamaan dengan peruntukan RM2.5 bilion bagi tahun 2023.
Lebih 450 ribu isi rumah layak terima bantuan bulan JKM.
Subsidi Bil
Pemberian subsidi bil elektrik sehingga RM40 akan diperluas mengikut PGK Makanan iaitu isi rumah berpendapatan RM1,169 ke bawah berbanding syarat semasa RM980 ke bawah.

Bantuan Keluarga Malaysia
- Menyedari manfaat yang diraih daripada pemberian tunai langsung, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan terus ditambah baik.
- Isi rumah pendapatan bulanan kurang RM2,500 dan tanggung anak lima atau lebih layak terima BKM RM2,500.
- Bagi isi rumah sehingga empat anak, layak terima BKM antara RM1,000 hingga RM2,000.
- Bagi isi rumah berpendapatan RM2,500 hingga RM5,000, BKM disediakan antara RM500 hingga RM1,250 bergantung kepada bilangan anak.
- Warga emas tiada pasangan serta golongan bujang akan terima BKM masing-masing RM600 dan RM350 bergantung kepada had pendapatan.
- Bantuan tambahan RM500 kepada ibu atau bapa tunggal yang ada anak tanggungan diteruskan dan layak terima BKM maksimum RM3,000.
- Di bawah inisiatif CahayaMata Keluarga Malaysia, ibu daripada isi rumah penerima BKM yang lahir anak pada 2023 akan diberi bantuan tunai one-off RM500 dengan peruntukan RM150 juta.

Cukai Pendapatan Individu
- Kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan kepada 2 mata peratusan.
- Banjaran pendapatan cukai antara RM250,000-RM400,000 akan digabung dengan banjaran RM400,000-RM600,000 dan dikenakan kadar cukai 25 peratus.
KWSP
- Had caruman sukarela KWSP akan dinaikkan kepada RM100,000 setahun berbanding RM60,000 sebelum ini.
- Kerajaan akan wajibkan caruman SKSPS kepada semua sektor pekerjaan sendiri secara berperingkat.
Pelaburan ASB
Jumlah had pegangan ASB dan ASB2 dinaikkan kepada RM300,000 berbanding RM200,000 sebelum ini.
BSN akan sedia dana pinjaman mudah, bantu B40 melabur dalam ASB.
Kesihatan Mental
- Bagi tangani isu kesihatan mental dan keganasan rumah tangga, RM8 juta disediakan bagi perkukuh Pusat Sokongan Sosial Setempat.
Kesihatan
- Kerajaan akan perbanyakkan ujian saringan melalui subsidi ujian mamogram dan program saringan kanser serviks kepada wanita dengan peruntukan RM11 juta.
Program Awal Kanak-kanak
- RM188 juta disediakan bagi program awal pendidikan kanak-kanak di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) termasuk pembinaan 10 taska KEMAS.
- Bagi ringankan beban ibu bapa yang beri pendidikan awal kanak-kanak, Kerajaan setuju lanjutkan sehingga tahun taksiran 2024 pelepasan cukai sehingga RM3,000 ke atas bayaran yuran Taska dan Tadika berdaftar.
Pembelian Rumah
- Pengecualian bayaran duti setem 100 peratus atas pembelian rumah bernilai RM300,000 bakal jimatkan RM6,500
- Pengecualian bayaran duti setem 75 peratus atas pembelian rumah RM750,000 bakal jimatkan wang rakyat sebanyak RM15,000
Cukai
- Kerajaan cadang perluas skop galakan cukai sedia ada bagi pelabur individu dalam syarikat pemula melalui equity crowdfunding (ECF)
- Mulai tahun 2023, kadar cukai PMKS ke atas pendapatan bercukai bagi RM100,000 pertama dikurangkan daripada 17 peratus kepada 15 peratus
*Akan dikemaskini
Belanjawan 2023 meningkat untuk rakyat. Bersyukur yang menerima peruntukan.
Geng Borak recently posted…Pengeluaran KWSP 2.0 : Kerajaan Digesa Benarkan Sekali Lagi