
Berkesankah Penggunaan DJI Matrice 300 Bernilai RM2 Juta Dalam Mengatasi Gangguan Bekalan Air Di Selangor?
Dron DJI Matrice 300 RTK ialah yang terkini di dalam rangkaian dengan kemampuan kalis air serta waktu penerbangan sehingga 55 minit. Dron ini adalah siri yang tercanggih dengan target pasaran untuk komersial dan pengendali industri dron (industrial drone operator)
Dron ini melepasi piawaian kalis air IP45 dengan rekaan 4-kipas (quadcopter). Matrice 300 RTK mampu membawa muatan seberat sehingga 9 Kilogram.

Bateri Tahan Lama
Sistem pemanas di tempat simpanan bateri memastikan dron ini tiada masalah bateri berlaku ketika terbang di dalam suhu sehingga -20 celcius.
Dron ini mampu terbang selaju 83 km/j, menentang tiupan angin sehingga 54 km/j, mencapai ketinggian 7000 meter, dan dikawal dalam jarak 15 kilometer. Baterinya mampu bertahan sehingga 55 minit dengan sekali cas.
Kamera Siri Zenmuse H20
Dron ini dilengkapi dengan kameri Siri Zenmuse H20 iaitu kamera 20-Megapixel dengan lensa Zoom Telefoto 23X. kamera 12-Megapixel sudut ultra lebar, pemancar laser mengesan jarak dan kamera termal radiometrik. Kesemua kamera tersimpan kemas di dalam tempat simpanan dengan kemampuan kalis air IP44.
Guna Dron DJI Matrice 300 Untuk Pantau Isu Pencemaran Air Di Selangor.
Tahun ini sahaja, kekerapan gangguan bekalan air yang terpaksa dihadapi oleh rakyat Selangor di luar jangkaan. Tidak kerana paip pecah, pasti disebabkan isu pencemaran yang menyebabkan bekalan air ditutup untuk proses rawatan.
Justeru, kerajaan Selangor akan menggunakan dron untuk memantau aktiviti yang mencurigakan berdekatan dengan sungai-sungai di negeri itu.
Harga DJI Matrice 300 RTK
DJI Matrice 300 RTK mula dijual pada suku kedua tahun 2020 dengan harga mengikut spesifikasi yang diperlukan.
Carian tentang harga DJI Matrice 300 mungkin menjadi topik hangat hari ini apabila kerajaan Selangor memperuntukan sebanyak RM2 juta kepada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) membuat pembelian empat unit dron berteknologi tinggi itu.
Ini bermakna, harga sebuah dron DJI Matrice adalah sekitar RM500,000 sebuah??!

Menurut pihak DJI, DJI Matrice 3– RTK pernah digunakan oleh first responder, inspektor industri dan surveyors. Harga yang ditetapkan berdasarkan konfigurasi dan aplikasi dron tersebut. Secara asas, pakej harga permulaan melebihi USD10,000 (+-RM42,000)
Berkesankah Penggunaan Dron Mengatasi Gangguan Air Di Selangor?
Kami melihat kawasan pemantauan menjadi isu utama dalam usaha ini. Lihat sahaja Sungai Klang sepanjang 120km dan Sungai Langat adalah sepanjang 78km.
Dengan keupayaan dron dikawal sejauh 15km, ianya menjadi persoalan sejauh mana pemantauan oleh 4 dron bernilai RM2 Juta ini berjaya memberi kesan yang positif dalam menangani isu gangguan bekalan air di Selangor.
The price of the DJI Matrice 300 RTK, though substantial, reflects the advanced technology and features it offers. Understanding that the configuration and applications influence the cost, the investment seems justified for addressing critical water supply challenges.
Daisy Adams recently posted…Panasonic+HC-X2000 Review