guna dron di offshore platform

Peluang Kerjaya Sebagai Pilot Drone. Terbuka Kepada Mereka Yang Kehilangan Kerja Semasa PKP!

Hari ini, kesan domino daripada penularan Covid-19 semakin dirasai. Ekonomi tidak stabil menyebabkan peluang pekerjaan menjadi semakin sukar. Semakin hari, semakin ramai yang kehilangan kerja. Setiap hari, anda pasti mendengar kisah sedih pekerja yang menerima notis pemberhentian kerja.

Jika anda rasa ingin membantu mereka yang terkesan dengan pandemik Covid-19 ini, apa kata anda kongsi artikel ini dengan mereka. Siapa tahu, anda telah membuka satu jalan untuk mereka membina kerjaya baru. Pilot Drone!

Industri dron mewakili banyak peluang dalam industri seperti pertanian, pemuliharaan, minyak dan gas, pembinaan, hiburan, logistik, harta tanah, penjualan dan pemasaran, dan banyak lagi. Ini adalah persoalan sama ada nilai tambah dalam masa depan atau masa terdekat untuk industri.

Apa itu drone? Drone merupakan salah satu teknologi canggih yang berupa kendaraan udara yang bentuknya menyerupai pesawat terbang atau juga helikopter.

Terdapat peningkatan peluang pekerjaan yang tersedia untuk pengendali UAV, jurutera dan profesional teknikal hingga kepada pembangun perisian dan profesional penjualan dan pemasaran.

Syarat Kelayakan

Peluang bagi pekerja yang diberhentikan dan graduan dalam kursus teknikal dan vokasional.

Negara-negara maju seperti Jerman memberi tumpuan dalam bidang kemahiran teknikal supaya peluang pekerjaan di kalangan yang diberhentikan kerja serta graduan adalah lebih cerah.

3 Program Keperluan Terkini Industri Dron

1# Certified Drone Operation Maintenance Repair Proficient

Kursus latihan ini akan memberi para calon pengetahuan dan keupayaan untuk memperbaiki dron sendiri, menjimatkan masa dan wang yang berharga. Pelatih kami adalah juruteknik pembaikan UAV / Drone yang pakar. Mereka akan memberi tunjuk ajar kepada calon cara mendiagnosis dan memperbaiki dron secara terperinci dan teratur.

Sumber: Heli CEO

Calon juga akan belajar bagaimana mengenali komponen yang mempunyai potensi untuk rosak sebelum gangguan terhadap dron berlaku dan amalan pencegahan untuk memperpanjangkan jangka hayat dron serta aksesori anda.

2# Certified Drone Operation Aerial Surveillance Proficient

Teknologi dron telah banyak digunakan dalam beberapa industri seperti pembinaan, pertanian dan kejuruteraan untuk menghasilkan data pemetaan udara dan pemodelan. Berbanding dengan kaedah konvensional, pemetaan drone dapat menghasilkan peta berkualiti tinggi dengan masa pemprosesan yang lebih baik dan menjimatkan kos.

Sumber: Hart Energy

Program ini dirancang untuk mendedahkan kepada para calon tentang bagaimana menggunakan teknik pemetaan dron untuk mengumpulkan, menganalisis dan menghasilkan data pemetaan dan pemodelan berkualiti tinggi untuk penggunaan komersial.

3# Certified Drone Operation Precision Agriculture Proficient

Sektor pertanian secara tidak langsung telah beransur-ansur menggunapakai teknologi dron sebagai salah satu medium bagi tujuan sebahagian daripada penyelesaian digital untuk meningkatkan kecekapan operasi dan meningkatkan keuntungan dengan menggunakan data dan penyelesaian akhir seperti “drone sprayer”.

Sumber: China Daily

Program ini dirancang untuk mendedahkan kepada para calon tentang bagaimana menggunakan “sensor” yang berbeza untuk menghasilkan pemetaan yang berbeza dan secara tidak langsung memberikan wawasan yang lebih baik untuk pengurusan perkebunan. Juga, para calon akan dilatih untuk mengoperasikan dron komersial dalam menyemburkan baja dan racun perosak.

Reskilling Program for Retrenched Workers

Ini adalah inisiatif untuk meningkatkan peluang pekerjaan kepada pekerja yang diberhentikan Malaysia. Di bawah inisiatif ini, pekerja Malaysia yang telah diberhentikan kerja akan dilengkapi dengan kemahiran industri tambahan yang diperlukan majikan atau kelayakan untuk membolehkan mereka bekerja semula atau menceburi aktiviti perniagaan sendiri dan menyokong kesejahteraan mereka selepas kehilangan pekerjaan. Pelbagai industri sedang menyokong inisiatif ini bersama kami.

Para peserta akan menjalani rundingan kerjaya untuk mengenalpasti jurang keperluan latihan. Selepas membuat penilaian, para peserta akan mendaftar mengikut jurang keperluan latihan sebagai persediaan untuk penempatan pekerjaan kelak.

  • Berfungsi sebagai “One-stop centre” bagi pekerja warganegara Malaysia yang diberhentikan kerja.
  • Mengurangkan beban pekerja yang diberhentikan kerja dengan menyediakan sokongan nasihat mengenai kaunseling kerjaya dan perancangan, platform bagi suai padan permohonan pekerjaan, serta latihan bagi mempersiapkan mereka untuk kerjaya yang seterusnya.

Syarat Kelayakan

  • Surat Pemberhentian Kerja
  • Minimum 12 bulan caruman EIS di PERKESO
  • slip gaji untuk 6 bulan
  • akaun bank terkini

Bagaimana Mendaftar?

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai program tersebut, sila hubungi di talian 012-3066624 atau melalui amelia@sgacademy.edu.my / reskilling@sgacademy.edu.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge