Bijak Jawapan Khabib Nurmagomedov Bila Ditanya Sebab Tutup Muka Isteri
Peminat sukan Mixed Martial Arts (MMA) pasti mengenali sang juara, Khabbib Nurmagomedov yang memegang rekod UFC Lightweight Champion dengan 28 menang 0 kalah.
Kami pasti, ramai yang meminati Khabbib bukan hanya beliau adalah sang juara tetapi juga personalitinya. Paling menarik perhatian ramai, Khabbib tidak pernah mendedahkan wajah isteri dan sangat tegas melindungi aurat isterinya. Malahan, semasa majlis perkahwinan mereka, set pakaian pengantin menutup penuh wajah isteri Khabib.
Sebab Khabib Tutup Muka Isteri Di Hari Perkahwinan
Khabib Nurmagomedov menjawab: “Mohon maaf ini demi menjaga fitnah dari orang lain. Wajah isteriku cukuplah aku saja yang menikmatinya dan bukan untuk dipertonton oleh orang ramai, aku sangat menghargainya.”
Lelaki yang faham tentang agamanya dan lelaki yang baik agamanya, tidak akan rela jika isterinya menjadi tontonan lelaki lain.
Salafus sholeh dulu menyembunyikan isteri-isterinya, sampai-sampai sandal isteri Imam Ahmad bin Hambal terdengar oleh tetamunya. Kemudian sang Imam menegur isterinya lantaran cemburu.
Sebaliknya yang terjadi dengan lelaki zaman sekarang. Lebih ramai yang berlumba-lumba upload foto di media sosial isteri seolah-olah mengatakan “Ini isteri ku cantik, kan? Mana isteri mu” .
Lebih teruk apabila sang suami sanggup membiarkan isterinya sakan berselfie padahal ribuan lelaki siap mempergunakan wajah cantiknya untuk dijadikan koleksi atau foto-foto yang bebas didownload untuk hal yang bukan-bukan.
Ada tiga macam golongan orang yang Allah haramkan masuk syurga yaitu:
Pecandu khamar, orang yang Durhaka kepada orang tua, dan orang yang tidak memiliki sifat cemburu yang menyetujui perkara keji pada keluarganya.” (HR. Ahmad 2: 69)
Khabib dan isteri boleh dijadikan contoh yang baik. Tampaknya ini acara pernikahannya, di dunia maya tidak nampak Khabib dikelilingi dengan banyak wanita, kehidupan sehari harinya selalu dekat dengan teman-teman dan keluarganya.. Lihat sahaja di hari pernikahannya, isterinya berjaya menutup aurat secara baik.
Kesimpulan, walaupun berada di puncak, Khabbi tidak terlepas dari mengamalkan ilmu agamanya. Beliau adalah pemuda yang menjaga kehormatan agama dan keluarganya. Khabbib juga sangat mencintai Islam dan mempunyai semangat juang dalam membela agamanya.
.
Semoga Allaah Ta’alaa menjaga beliau..Boleh kan mendoakan beliau dengan kebaikan, setidaknya boleh dijadikan contoh kepada anak muda Islam daripada suka dengan tokoh-tokoh atlet dan artis kafir, setidaknya boleh beralih ke yang lebih lebih baik).
Allahul Musta’aan…
Kredit: Olahan daripada tulisan Ustadz Mamat Al Khattat.
One Reply to “Bijak Jawapan Khabib Nurmagomedov Bila Ditanya Sebab Tutup Muka Isteri”