Nak Berniaga Perlu Wajib Belajar Hukum Syarak Tentang Berniaga.
Berniaga sangat digalakkan dan dianjurkan dalam Islam. Kegiatan ekonomi ini berpotensi memberi hasil pulangan berlipat ganda kepada peniaga yang berusaha bersungguh-sungguh.
Rasulullah SAW juga seorang peniaga dan telah menawan hati ramai orang dengan cara Baginda berniaga.
Hasil daripada perniagaan, kita boleh salurkannya untuk sedekah, waqaf, infaq, zakat dan juga membantu memberi peluang pekerjaan yang baik kepada orang lain. Berniaga juga sebenarnya satu cara untuk kita memperkenalkan Islam kepada orang lain.
Pendek kata, dengan berniaga, kita berpeluang buat pahala tanpa had.
Tetapi, ada ramai peniaga yang berdosa kerana mereka berniaga tanpa belajar dulu hukum berniaga dalam Islam. Akibat jahil dalam hukum jual beli ini, mereka lebih cenderung melakukan dosa tanpa sedar.
Adakah benar jika kita hendak berniaga kita wajib belajar hukum-hukum syarak tentang berniaga?
Baca: Hukum Wanita Pakai Seluar Nampak Betis
Wajib Tahu Hukum Yang Bersangkutan Dengan Berniaga.
Tidak harus seorang yang hendak melakukan suatu kerja seperti berniaga misalnya melainkan wajib dia mengetahui terlebih dulu segala hukum yang bersangkutan dengan berniaga seperti sah dan batal serta syarat-syaratnya dengan ijmak ulamak.
Ini adalah kerana apabila tidak mengetahui hukumnya maka akan terjatuh kepada pelanggaran hukum seperti tidak sah jual beli dan jual beli barangan yang haram dan aqad yang rosak dan seumpamanya.
Maka siapa yang berniaga dalam keadaan jahil hukum-hukumnya di sisi syarak dia telah melakukan satu maksiat.
Telah menyebut oleh Majlis Fatwa Baitul Maqdis :
لا يجوز للمكلف أن يقدم على فعل حتى يعلم حكم الله فيه ¡ فمن باع وجب عليه أن يتعلم ما شرعه الله في البيع ¡ وكذلك الصلاة والطهارة وجميع الأقوال والأفعال وقد حكى : الشافعي ¡ والغزالي الإجماع على ذلك . – ولذلك كان الجاهل عاصياً بترك العلم الذي هو فرض عين . فمتى بلغ الإنسان عاقلاً قادراً على أن يعرف الأحكام الشرعية بنفسه أو بسؤال أهل العلم لم يقبل منه الاعتذار بالجهل .
Artinya : “Tidak harus bagi orang yang aqil baligh melakukan satu pekerjaan kecuali setelah dia mengetahui hukum Allah padanya. Maka barang siapa yang berniaga nescaya wajib atasnya belajar akan apa yang telah disyariatkan oleh Allah pada bab jual beli. Dan seperti itu juga ibadah solat dan bersuci dan sekelian perkataan dan perbuatan.
Dan sungguhnya telah dihikayatkan oleh Imam Ghazali dan Imam Syafie akan ijmak atas yang demikian itu. Dan dari kerana itulah adalah orang yang jahil itu derhaka ia sebab meninggalkan pengetahuan yang ia adalah fardu ain.
Maka apabila seseorang itu telah baligh dan beraqal dan berkuasa nescaya wajib dia mempelajari hukum-hukum syarak samada dia sendiri pergi belajar atau bertanyakan orang yang alim dan sama sekali tidak diterima daripadanya alasan tidak tahu.” (Majlis Fatwa Palestin)
Peniaga Wajib Tahu Hukum Jual Beli Dalam Islam
Kesimpulannya, siapa yang menjalankan perniagaan tetapi tidak belajar hukum agama berkait jual beli maka dia telah berdosa kerana telah melakukan muamalat dalam keadaan jahil tiada tahu halal dan haram dan sah serta batal.
Wajib semua peniaga yang belum mengetahui hukum hakam jual beli dalam Islam belajar atau bertanyakan ulamak supaya sah jual belinya dengan yakin dan dapat ia memelihara dari terlibat dalam urusan yang haram atau jual beli yang rosak.
Wallahua’lam
Olahan daripada perkongsian Ustaz Azhar Idrus
Memang bagus kita ketahui ilmu dan hukum hakam berniaga dalam konteks dan ajaran Islam. Perlu lagi timba ilmu ni
Geng Borak recently posted…Pengalaman Indah Tawaf Norma Baharu Keliling Kaabah, Suasana Indah dan Tersusun
Segala puji bagi Allah swt. Yang menjadikan semua bermanfaat dan ada kaedahnya. Termasuklah nak berniaga pun rupanya kena ada ilmu dan belajar hukum. Dari situlah keberkatan akan kita dapat. Selain jana wang kita jana pahala. Wallahualam. Terimakasih tuan kongsikan info berguna.
ye betul tu..nice sharing. Bagus untuk peniaga-peniaga yg masih belum tahu bab hukum jual beli ni
Bagusnya info ni. Ye betul kte semua yang berniaga wajib tahu tentang semua hukum ni agar kte terhindar dr melakukan sesuatu yg salah tanpa sedar. Thank for this sharing
Bagus sharing ni, indeed memang betul as a Muslim amat penting untuk kita tahu hukum hakam, lagi2 bagi yg berniaga & menjadikan jual beli sebagai sumber rezeki.
Good post! This is something important for all entrepreneurs and those who will be entrepreneurs to know. Nak berniaga pun kena ada bikin syarak juga. Thank you for sharing this.
Bila berniaga tanpa berpegang pada hukum agama, tu yang kadang2 jadi lupa diri dalam mengejar keuntungan.
Betul sangat, meniaga ni bukan ikutan orang, kena tau selok belok, rugi untung tu semua pastikan halal dan juga patugi syariah, ramai sekarang ada duit je nak meniaga tapi tak tau selok belok perniagaan..
Sis Lin recently posted…SCHA AL-YAHYA DILANTIK MENJADI DUTA BAHARU JENAMA MEERACLE!
Good information untuk those yang baru nak startup berniaga ataupun yang dah jadi millionaires pun hasil dari berniaga ni..
Kitkat Nelfei recently posted…My Rewards Goal Hunter by Touch ‘n Go eWallet
Terima kasih sharing ilmu ini. Penting untuk kita tahu hukum dalam perniagaan supaya rezeki kita berkat
Sebenarnya berniaga ni pun mengajarkan kita banyak ilmu dan menyuruh kita untuk menuntut ilmu lagi. Penting kita menuntut ilmu untuk berniaga.
Pentingkan tahu hukum hakam berniaga. Saya ada dengar lebih baiknmasa kita membeli atau menjual.. kita kena sebut.. saya beli ya.. saya jual ya.. waallahualam
Memang begil krna amim tahu hukum hakam dlm perniagaan. Terima kasih bermongsi ilmu ni
learned so many useful tips from this article! thanks for sharing your insights and recommendations on business 🙂
Peringatan yg bagus. Dgn pandemik skrg ramai yg mula berniaga di ats talian. Ini satu entri yg bagus sbg panduan bg Muslim yg baru nk mula berniaga.
yea.. nak berniaga ni kena teliti dari banyak segi terutamanya hukum syarak dalam konteks perniagaan yang dilakukan… kerana kalau boleh hasil dari keuntungan berniaga tu halal dan tiada unsur syubhah..
Time kaseh sebab ingatkan supaya tidak langgar ajaran agama. Berniaga kena ikut panduan yang betul. Barulah berkat. Sekrani ramai terjebak biz online. Mampu perhati je. Takut tersalah langkah
Betullah. Nak meniaga pun kena niat dgn betul. Bukan demi duit saja smpi akidah terpesong. Jaga diri jaga agama.
setuju sangat. ramai yang tidak ambil berat mengenai hal-hal sebegini. yang mereka nampak untung dan duit je. moga kita dijauhkan dr sifat macam tu. ikut landasan yang Allah dah tetapkan Insyaallah berjaya dunia akhirat.