hukum fesyen wanita nampak aurat

Hukum Wanita Pakai Seluar Nampak Betis.

Akhir-akhir ini makin ramai wanita Islam memakai seluar yang singkat hingga menampakkan keting atau betisnya. Ada yang bertudung dan ada yang tidak bertudung.

Apakah hukumnya di sisi syarak orang perempuan memakai seluar yang singkat yang mendedahkan betis seperti ini?

Bermula aurat perempuan di hadapan lelaki yang ajnabi ialah sekelian badan melainkan muka dan dua pergelangan tangan.

Oleh itu apabila kaum perempuan keluar dari rumah dengan memakai seluar atau kain yang singkat yang mendedahkan betis atau ketingnya maka dia telah melakukan satu perbuatan maksiat kerana haram dengan ijmak ulamak perempuan mendedahkan betis atau keting di hadapan lelaki ajnabi.

Telah diriwayatkan daripada Aisyah r.a. katanya :

أَنَّ أَسْمَاءَ بِنْتَ أَبِي بَكْرٍ دَخَلَتْ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَيْهَا ثِيَابٌ رِقَاقٌ فَأَعْرَضَ عَنْهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ يَا أَسْمَاءُ إِنَّ الْمَرْأَةَ إِذَا بَلَغَتِ الْمَحِيضَ لَمْ تَصْلُحْ أَنْ يُرَى مِنْهَا إِلَّا هَذَا وَهَذَا وَأَشَارَ إِلَى وَجْهِهِ وَكَفَّيْهِ

Artinya : “Sungguhnya Asma’ binti Abu Bakar r.a. telah masuk kepada Rasulullah saw dalam keadaan memakai pakaian yang nipis lalu baginda berpaling daripadanya dan bersabda : Wahai Asma’ sungguhnya perempuan itu apabila telah baligh tidaklah harus bahawa dilihat daripada badannya kecuali ini dan ini dan baginda mengisyaratkan kepada wajahnya dan dua pergelangan tangannya.” (Hadith riwayat Abu Daud)

Hadith ini adalah dalil yang menunjukkan bahawa betis atau keting yang didedahkan dalam soalan penanya adalah aurat yang wajib ditutup ketika keluar. 

Baca Lain: Hukum Menari Tik Tok

Berdosalah jika sengaja memakai pakaian yang menampakkan keduanya bahkan tumit perempuan pun adalah aurat yang haram didedahkan.

Di dalam hadith yang diriwayatkan dari Ummu Salamah r.a. 

Rasulullah bersabda tentang tumit perempuan :

إِذَا كَانَ الدِّرْعُ سَابِغًا يُغَطِّى ظُهُورَ قَدَمَيْهَا

Artinya : “Apabila adalah pakaian perempuan itu labuh sampai menutup akan belakang dua tapak kakinya.” (Hadith riwayat Abu Daud)

Kerana itulah ulamak menetapkan haram hukumnya perempuan itu menampakkan dua tumitnya kepada selain dari mahramnya.

Berkata Mufti Jordan Dr Nuh Ali Sulaiman :
قرر الفقهاء أن جميع بدن المرأة عورة أمام الأجانب إلا الوجه والكفين فيحرم عليك أن تظهري شيئا من قدميك للرجال غير المحارم
Artinya : “Telah menetapkan oleh fuqahak bahawasanya sekelian badan perempuan adalah aurat di hadapan segala lelaki ajnabi kecuali wajah dan dua pergelangan tangannya. Maka haram atas kamu menampakkan suatu dari dua tapak kakimu kepada segala lelaki selain dari segala mahram.” (Majlis Fatwa Jordan)

Kesimpulannya haram bagi kaum perempuan memakai seluar atau kain yang singkat yang tidak menutup betisnya atau ketingnya kerana kaum perempuan sekali pun bertudung di kepalanya tetapi mendedahkan betisnya atau ketingnya adalah dikira perempuan yang bertelanjang yang disebut di dalam hadith.

Berkata ulamak :
والمرأة التي تخرج من بيتها وهي تلبس الملابس الضيقة التي تصف تقاطيع جسمها وتضع المكياج وترتدي حذاء يكشف رجلها تدخل ضمن الكاسيات العاريات اللاتي توعدهن رسول الله صلى الله عليه وسلم في الحديث الشريف.
Artinya “Dan orang perempuan yang keluar dari rumahnya dan dia memakai pakaian yang ketat yang menampakkan bentuk badannya dan memakai akan alat solek dan berfesyen dengan fesyen yang mendedahkan akan kakinya adalah termasuk dalam kalangan perempuan yang berpakaian tapi bertelanjang yang telah diberi amaran oleh Rasulullah saw pada hadith yang mulia.”(Islamweb.net)

Perkongsian Ustaz Azhar Idrus: @uaioriginal

4 Replies to “Hukum Wanita Pakai Seluar Nampak Betis.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge