perempuan urut

Hukum Wanita Islam Buat Rawatan Urut Dengan Wanita Bukan Islam.

Adakah harus perempuan muslimah pergi ke pusat spa dan kecantikan dimana di pusat tersebut pekerjanya yang terdiri dari perempuan bukan Islam membuat mandian dan body massage iaitu urutan pada tubuh perempuan muslimah tersebut?

hukum-urut-badan

Firman Allah Taala :

لَّا يَنْهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ لَمْ يُقَٰتِلُوكُمْ فِى ٱلدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوٓاْ إِلَيْهِمْ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلْمُقْسِطِينَ

Ertinya : “Allah tidak menghalang kamu sekelian dari berbuat baik akan orang orang-orang kafir yang tidak memerangi kamu pada agama dan tidak mengeluarkan kamu sekelian dari tanah air kamu dan berlaku adil kepada mereka. Sungguhnya Allah kasih kepada orang-orang yang berbuat keadilan.” (Mumtahanah : 8)

Di dalam ayat ini Allah memberi izin bermuamalat dengan orang-orang kafir tetapi ada di sisi syarak batas-batasnya yang tidak boleh sama sekali orang Islam melanggar batas tersebut.

Di antara batas syarak yang wajib dijaga ialah perempuan muslimah tidak harus membuka auratnya dihadapan perempuan bukan Islam.

Baca Juga: Hukum Wanita Pakai Seluar Singkat

Berkata Imam Al-Qurtubi :

لا يحل لامرأة مؤمنة أن تكشف شيئا من بدنها أمام امرأة مشركة إلا أن تكون أمة لها، فذلك قوله تعالى {أو ما ملكت أيمانهن} النور: 31

Ertinya : “Tidak halal bagi perempuan yang beriman bahawa membuka ia akan suatu daripada tubuhnya di hadapan perempuan kafir melainkan bahawa adalah perempuan kafir itu ialah hambanya. Yang demikian itu ialah kerana firman Allah dalam surah An-Nur ayat ke 31 artinya atau di hadapan hamba perempuan mereka.”

Berkata Ubadah bin Nusai :

وكتب عمر رضى الله عنه إلى أبى عبيدة بن الجراح: أنه بلغنى أن نساء أهل الذمة دخلن الحمامات مع نساء المسلمين، فامنع من ذلك وحل دونه، فإنه لا يجوز أن ترى الذمية عرية المسلمة

Ertinya : “Khalifah Umar r.a. telah menulis kepada Abi Ubaidah bin Al-Jarrah bahawasanya telah sampai berita kepada aku sungguhnya perempuan kafir zhimmi telah masuk ke tempat mandi awam yang ada perempuan muslimah maka hendaklah menegah yang demikian itu dari kerana sungguhnya tiada boleh perempuan kafir melihat tubuh badan perempuan muslimah.”

Berkata Ibnu Abbas r.a. :

لا يحل للمسلمة أن تراها يهودية أو نصرانية لئلا تصفها لزوجها

Ertinya : “Tiada halal bagi perempuan muslimah bahawa dilihat akan tubuhnya oleh perempuan yahudi dan nasrani supaya tidak dapat dia ceritakan sifat tubuhnya bagi suaminya.”

Dan berkata Abu Ubaidah r.a. :

أيما امرأة تدخل الحمام من غير عذر لا تريد إلا أن تبيض وجهها فسود الله وجهها يوم تبيض الوجوه

Ertinya : “Mana-mana perempuan yang masuk ia ke tempat mandi awam tanpa uzur bertujuan memutihkan wajahnya maka Allah akan menghitamkan wajahnya pada hari putih segala wajah di hari kiamat.”

HARUS KETIKA DARURAH

Akan tetapi pada ketika darurah seperti berubat dengan pengamal perubatan perempuan bukan Islam yang memerlukan dibuka auratnya pada ketika tiada pengamal perubatan perempuan Muslimah atau lelaki Muslim nescaya diharuskan yang demikian itu.

Dan darurah itu hanya berlaku kerana menyelamatkan nyawa atau menyelamatkan anggota badan. Ada pun kerana menambah kecantikkan atau merawat sakit yang tidak merbahaya nescaya tidak dibolehkan.

Kesimpulannya apabila diketahui tidak harus perempuan muslimah membuka auratnya dihadapan perempuan bukan Islam untuk diurut badannya itu hendaklah pergi ia ke tempat yang dikendalikan oleh perempuan muslimah yang banyak boleh didapati sekarang ini.

Muamalah dengan orang bukan Islam adalah dibolehkan tetapi bukan sebebas-bebasnya iaitu hendaklah mematuhi peraturan syarak yang telah ditetapkan.

Sumber : IG Ustaz Azhar Idrus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge