kpt-cap

Graduan Menganggur Perlu Segera Daftar PENJANA Kementerian Pengajian Tinggi-Career Advancement Programme (PENJANA KPT-CAP)

Graduan yang baru menamatkan pengajian dan masih menganggur diseru supaya merebut peluang mendaftar Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) Kementerian Pengajian Tinggi-Career Advancement Programme (PENJANA KPT-CAP).

PENJANA KPT-CAP yang akan bermula pada Oktober ini akan dikendalikan oleh ahli akademik, pengamal dan pemain industri di institusi pengajian tinggi terpilih di seluruh negara, bertujuan membantu siswazah menganggur pada 2019 dan mereka yang telah menamatkan pengajian pada 2020.

Apa itu PENJANA KPT-CAP?

PENJANA KPT-CAP yang merangkumi tiga subprogram iaitu ‘Place and Train‘ (skim latihan dan penempatan), keusahawanan dan ekonomi gig.

Place and Train adalah program yang memberikan latihan kompetensi oleh pemain industri kepada peserta PENJANA KPT-CAP.

Program ini akan memberi kemahiran baharu serta meningkatkan kemahiran siswazah

Program ini bukan saja untuk mengatasi isu graduan menganggur, turut memastikan golongan yang hilang pekerjaan dalam tempoh pandemik COVID-19 mengekalkan atau meningkatkan kemahiran mereka supaya memanfaatkan peluang ketika ekonomi beransur pulih.

Contohnya kursus Smart Trucker. Kandungan pengajaran dalam kursus ini direka berdasarkan kemahiran diperlukan syarikat logistik yang mengeluarkan ‘Letter of Commitment’ (LOC) kepada KPT.

Objektif atau target utama ialah sebaik sahaja menamatkan kursus, graduan ini akan ditawarkan bekerja dengan syarikat logistik berkenaan

Syarat Umum

  1. Warganegara Malaysia
  2. Graduan Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti.
  3. Graduan 2019 yang belum bekerja dan graduan tahun 2020.
  4. Graduan peringkat pengajian Sarjana Muda/Diploma/Sijil. Graduan peringkat Sijil bagi Politeknik dan Kolej Komuniti sahaja.
  5. Belum ditawarkan sebarang program di bawah PENJANA

KPT menerima peruntukan RM100 juta di bawah PENJANA yang akan digunakan bagi menangani isu siswazah menganggur.

Program berkenaan boleh dimohon melalui portal Graduates Reference Hub for Employment and Training (GREaT) yang disediakan Kementerian Pengajian Tinggi. Program PENJANA-KPT CAP

One Reply to “Graduan Menganggur Perlu Segera Daftar PENJANA Kementerian Pengajian Tinggi-Career Advancement Programme (PENJANA KPT-CAP)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge