ketua menteri sabah

Sabah Terima Ketua Menteri Baharu. Tahniah Datuk Seri Hajiji Noor.

“Syukur alhamdulillah, Tuan Yang Terutama menjemput saya untuk memaklumkan saya akan pelantikan Ketua Menteri Sabah.”-Datuk Seri Hajiji Noor

Datuk Hajiji Noor, mendakwa beliau sudah menerima watikah pelantikan sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu daripada pihak Istana Negeri.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hari ini sebulat suara menamakan Hajiji, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah sebagai calon Ketua Menteri Sabah yang baharu.

Yang di-Pertua Negeri sudah menjemput dan memaklumkan Hajiji bakal dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah. Pihak istana turut memaklumkan bahawa beliau akan mengangkat sumpah jam 10 pagi esok.

Gabungan Rakyat Sabah yang dianggotai PN, Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) menang 38 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-16, Ahad lepas.

Biodata Hajiji Noor

  • Dilahirkan pada 10 Mei 1955 di Kg. Serusup, berasal dari keluarga petani dan nelayan bermusim, ayahnya Hj. Noor bin Harun dan ibunya Hajah Teruyah binti Omar adalah anak kedua dari tiga orang adik beradik.
  • Datuk Hj. Hjiji Hj Noor telah mendirikan rumah tangga dengan Datin Hajah Julia Salag.
  • Hasil daripada perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Mohd Reza, Khairil Anuar, Nur Diyana dan Mohd Ghazali.
  • Perjuangan memerlukan pengorbanan, itulah yang dilakukan oleh isteri YB Datuk Hj. Hajiji telah melepaskan jawatannya sebagai seorang guru untuk memberi tumpuan dan sokongan padu terhadap perjuangan suaminya yang bergelar seorang pemimpin.
  • Pernah dilantik sebagai Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah serta mantan Timbalan Ketua Menteri Sabah dari 11 Mei 2018 hingga 12 Mei 2018. Beliau telah keluar dari UMNO selepas Pilihan raya umum Malaysia 2018 setelah kerajaan Barisan Nasional tewas pada PRU tersebut.
  • Beliau dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah selepas Gabungan Rakyat Sabah yang mewakili Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) berjaya memenangi 38 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah pada Pilihan raya negeri Sabah 2020. Beliau mewakili dari pihak Perikatan Nasional (PN).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge