kesalahan tipu MC

Trick Buat-buat Sakit Supaya Dapat MC!

“Si Mira Filza tu, tiap-tiap bulan dapat MC. Dia sakit apa? Sakit betul ke buat-buat sakit?”

Mungkin ada di kalangan rakan sekerja anda yang selalu cuti sakit. Alasan cuti sakit pula bermacam alasan, bulan ni demam, bulan depan sakit perut dan seterusnya selesema berpanjangan. Kemudian, bila dia jumpa doktor, lakonannya macam kena gilis keretapi Dabong saja. Kritikal. Padahal demam sebab kena hujan semalam je :-p

Malinger- Kesakitan Palsu yang direka-reka Supaya Dapat MC (Cuti Sakit)

Sebenarnya, ramai wujud manusia sebegini. Ini dipanggil ‘Malinger‘.

Ada dalam penjelasan psychology terhadap tingkah laku ini.. Dan pelajar course psychology ada belajar tentang behaviorism atau tingkah laku manusia.

Apa Itu Malinger?

Malinger didefinisikan apabila seseorang berpura-pura menunjukkan simptom untuk mendapatkan surat ahli perubatan bagi melepaskan diri dari tugas atau tanggungjawap tertentu. Bulan lepas dia dah dapat cuti sakit untuk 3 hari daripada doktor.

Bulan ini pula dapat lagi Cuti Sakit sebanyak 5 hari, sama ada beli atau dia “pusing” cerita dengan doktor tu macam hero tamil, yang doktor panel pun luluskanlah MC sebab nak buat staff selalu datang klinik, nanti boleh “claim” duit ubat dan perkhidmatan daripada syarikat. Itu doktor panel, belum lagi doktor di klinik swasta lain yang lebih senangkan luluskan ‘permohonan’ cuti sakit.

Anda yang bekerja di bahagian Human Resource (HR) pasti banyak berdepan dengan staff sebegini kan. Cuti sakit 2 hari tapi dia bantai cuti sampai 4 hari, lepas tu bila masuk kerja, setiap langkah menunjukkan yang dia masih sakit, nak berjalan ke toilet pun tak stabil atau buat muka tak sihat.

Bila mereka yang Malinger ni dapat apa yang mereka nak, simptom sakit pun hilang. Datang jumpa doktor kata sakit macam nak arwah tapi bila dapat MC terus keluar tengok wayang atau lepak mamak main PUBG 24 jam. Tak pun keluar vacation laki bini dengan MC palsu.

Bukan dalam office je:-
Tapi dalam rumah sendiri pun ada. Anak anda pura-pura sakit perut, demam dan sebagainya sebab tak nak pergi sekolah? Haaaa..

Itu dia dok Malengering la tu. Pura-pura sakit dengan fake kan tanda-tanda sebab tak nak pergi sekolah. Tapi bila petang elok je anak and keluar pergi main bola. 

Sebenarnya, Malingering ni ada banyak jenis.

Kat atas tu level office biasa je, kawan-kawan anda tersadung kerusi kat rumah tapi call boss kata MC 3 hari macam kaki tu dah patah riuk.. Padahal sakit tersadung tu hanya 3 minit. Ada merah sikit-sikit.

Another situations of malinger ialah benda ni familiar dalam court bila banduan tiba-tiba jatuh sakit atau tiba-tiba pengsan sebab nak mengelak dari dibicarakan. Tengah bicara tiba-tiba buat-buat terkena serangan jantung. Atau ahli politik yang tiba-tiba sakit belakang atau leher sebab kena target dengan pencegah rasuah.

Ataupun satu lagi level bila mereka nak claim insurance. Ada juga mat dadah pergi klinik dan hospital, konon-konon sakit sebab nak dapatkan ubat untuk layan dia punya stim dadah.

Secara asasnya:
Malingering ialah dimana bila seseorang pura-pura sakit dan palsukan tanda-tanda sakit untuk meyakinkan seseorang atau ahli perubatan dengan tujuan tertentu seperti melepaskan diri dari bertugas atau mendapatkan sesuatu.

Bila dah dapat, Pooff! Tiba² jadi sihat. 

Lagi perangai kaki Malinger ni.

Bukan saja mereka fabricated psychical illness atau symptom, tapi mereka juga palsukan mental illness, Seperti Post traumatic atau long effect trauma dan lain-lain atau tujuan tertentu.

Malinger Bukan Satu Penyakit

1# For now, Malinger/Malingering bukan satu diagnosis atau penyakit dan berbeza dengan ‘Munchausen Syndrome’ atau ‘factitious disorder’, yang dimana Munchhausen dan Factitious memang satu masaalah dari segi kesihatan mental.

2# Esok hari pertama bekerja selepas cuti hujung minggu, pasti ramai yang berpura-pura memohon cuti sakit disebabkan ‘kelesuan’ untuk ke pejabat. Nak nak minggu ini adalah minggu pertama hari gaji.

Guna MC Palsu Adalah Satu Kesalahan!

Mungkin ramai di kalangan kita yang tidak mengetahui bahawa menggunakan MC Palsu adalah satu kesalahan. Ada hukuman yang bakal dihadapi jika anda tertangkap dan didapati bersalah.

Mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

One Reply to “Trick Buat-buat Sakit Supaya Dapat MC!”

Leave a Reply