Astro Awani

Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 2020

Tentang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 2020

Hari ini, seramai 447 calon bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 melibatkan seramai 404 calon lelaki dan 43 calon wanita.

Sebanyak 16 parti menghantar kertas penamaan calon dan Parti Cinta Sabah (PCS) mencatatkan jumlah calon teramai iaitu 73 calon diikuti Parti Warisan Sabah (WARISAN) seramai 53 calon.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Bengkoka merekodkan jumlah persaingan tertinggi dengan 11 penjuru manakala DUN Inanam menyaksikan pertembungan 10 penjuru.

Sebanyak 26 DUN merekodkan pertembungan enam penjuru, 15 DUN bagi lima penjuru, 13 DUN tujuh penjuru, enam DUN lapan penjuru, lima DUN empat penjuru, dan tiga DUN masing-masing untuk tiga dan sembilan penjuru.

Calon termuda berumur 22 tahun yang bertanding bagi Barisan Nasional (BN) di DUN Tandek manakala calon tertua berumur 75 tahun dari Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) bertanding di DUN Bugaya.

Terdapat satu kertas penamaan calon ditolak selepas calon yang mewakili Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) didapati tidak layak bertanding kerana bankrap di DUN Petagas.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka sebanyak lima bilik gerakan yang beroperasi selama 24 jam bermula 11 hingga 30 September 2020.

SPR turut menubuhkan sebanyak 73 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) untuk memantau semua aktiviti calon ketika berkempen termasuk pematuhan garis panduan pencegahan COVID-19.

#SabahMemilih (Kredit Foto: Astro Awani)

Keputusan Tidak Rasmi 26 September 2020

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 selepas memperoleh majoriti mudah berdasarkan keputusan tidak rasmi sehingga pukul 9 malam.

Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Hamzah Zainuddin dilaporkan berkata gabungan itu sudah memiliki kerusi mencukupi untuk membentuk kerajaan baharu di Sabah.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan kekalahan Parti Warisan Sabah (Warisan) yang dipimpin bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Sumber: AStro Awani

Keputusan Terperinci Pilihan Raya Sabah

Link untuk semakan: https://prnsabah.astroawani.com

One Reply to “Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 2020”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge