juara sfyank

Biodata: Sofyank Juara Ultimate VFX Challenge 2023- Magic Of The Month di Log Angeles

Baru-baru ini, Sofyank berusia 27 tahun, anak kelahiran Kelantan, telah dinobatkan sebagai juara dalam Ultimate VFX Challenge – Magic Of The Month di Log Angeles, Amerika Syarikat anjuran, Zack King.

Pereka kandungan digital VFX atau kesan visual, Mohamad Sofian Abdullah ini mengakui dirinya masih belum setaraf dengan golongan profesional biarpun sudah memenangi tempat pertama pertandingan Ultimate VFC Challenge-Magic of The Month di Los Angeles.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil antara pemimpin negara yang mengucap tahniah atas kejayaan Sofyank.

Pertandingan Ultimate VFC Challenge-Magic of The Month dianjurkan oleh pempengaruh media sosial dan pereka kandungan digital, Zack King.

Cabaran peringkat akhir pertandingan, Sofyank bersaing dengan dua peserta lain diberikan beberapa cabaran untuk diselesaikan.

Ini bukanlah kali pertama Sofyank membanggakan kita kerana sebelum ini dia pernah menghasilkan video VFX menampilkan selebriti antarabangsa seperti Paul Rudd dan Ryan Reynolds.

Namun, kali ini ia lebih mengujakan kerana dia berjaya memenangi pertandingan tersebut dan akhirnya tampil dalam video kolaborasi bersama idolanya, Zach King.

Biodata Sofyank

  • Nama Penuh: Muhammad Sofian bin Abdullah
  • Lahir: Kota Bharu, 1996
  • Kerjaya: Personaliti media sosial dan pencipta kandungan digital kelahiran Malaysia
  • Anak ke-8 daripada 11 adik-beradik
  • Kelulusan: Perakaunan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge