3 Tempat Simpan Duit Raya Anak. Pasti Takkan Rugi
1 Syawal sudah pun berlalu hampir 2 minggu. Namun, kehangatan Aidilfitri masih kuat terasa dan orang ramai masih tidak melepaskan peluang menghadiri rumah terbuka. Bagi kanak-kanak, sudah tentunya gembira menerima duit raya daripada mereka yang lebih dewasa.
Sepanjang Syawal ini, ada anak-anak yang berjaya mengumpul duit raya dalam jumlah yang besar. Ada sehinggah 4 angka amaunya. Banyak kan?
Ada di antara mereka berhasrat untuk menyimpan kerana mahu membeli sesuatu yang sangat diimpikan seperti permainan atau buku kesukaan mereka.
Duit lebihan yang diterima boleh disimpan di 3 tempat yang berbaloi, pada kami tidakkan akan rugi atau ‘hilang modal’ untuk masa depan anak.
Jom ikuti perkongsiannya di bawah:
1# Amanah Saham Bumiputera
Akaun ASB pun ibu bapa boleh daftar untuk anak-anak serendah deposit RM10 sahaja dengan purata kadar dividen 5-7% setahun ianya masih relevan untuk menyimpan dekat sini.
Limit untuk ASB pun telah dinaikkan jadi RM200k setiap sorang seawal usia kelahiran pun dah boleh bukak dah akaun asb ni dengan hanya membawa surat beranak dan mykid sekali .
2# Tabung Haji
Deposit serendah RM10 sebagai permulaan dan boleh daftar haji untuk the junior awal-awal serendah RM1300. Selain itu, kadar purata dividen 1-2% setahun.
Jom register siap-siap haji untuk anak, bolehlah anak-anak ke Mekah semasa umur muda kan. Nak simpan bila-bila pun boleh. Boleh juga potong direct debit & potong gaji.
3# SSPN iPLUS
Bestnya akaun ni sebab dapat nikmati kadar dividen purata 4% setahun dan dapat juga pelepasan cukai. Ia merupakan tabung pendidikan untuk anak-anak.
Ada macam-macam pakej yang ditawarkan di mana ianya termasuk sekali pakej takaful. Anda boleh baca details penuh kat page sspn i. (Bergantung pada budget anda)
Lain Akaun, Lain Pulangan, Lain Risiko
Tiga tempat di atas merupakan cadangan awal. Sekiranya setiap tabungan sudah mempunyai simpanan yang sudah mencecah target, ibu bapa boleh membuka tabungan atau akaun pelaburan di instrumen lain pula, contoh: akaun emas, akaun unit trust, RAIZ, akaun deposit tetap dan pelbagai lagi.
Perlu diingat, setiap instrumen mempunyai risiko dan pulangan tersendiri. Perlu fahami strategi sebelum bermula.
Ramai ibu bapa membiarkan sahaja duit raya dalam akaun simpanan, malahan ada yang mempunyai ribuan hingga puluhan ribu ringgit dalam akaun berkenaan dan dibiarkan sahaja dari bulan ke bulan dan dari tahun ke tahun.
Sikap ini sangat merugikan kerana akaun simpanan sebenarnya tidak memberi dividen sedangkan wang yang dilaburkan mampu menjana pendapatan tambahan atau pendapatan pasif jika diurus dengan strategi yang betul.
Semoga dengan cara ini, ibu bapa dapat mendidik anak untuk menyimpan dan berani melabur untuk masa depan.