ipad air 4

Cara Beli Apple iPad Air 4 Dengan Harga Lebih Murah

Peranti elektronik keluaran Apple seperti iPhone, iPad dan laptop Macbook sentiasa menjadi carian ramai. Ada peminat barangan Apple ini sanggup menabung demi mengumpul dana bagi memiliki sebuah smartphone.

Sedia maklum, produk keluaran syarikat terkemuka Amerika Syarikat ini sedikit lebih mahal berbanding jenama lain, namun kualiti yang dihidangkan adalah lebih baik. Jadi tidak hairan jika ada peminat yang sanggup memperuntukkan sejumlah wang untuk memiliki gajet idaman.

Kami juga tidak ketinggalan menjadi sebahagian peminat produk Apple. Bukan sekadar nama gah jenama ini, tetapi kerana kami berpuas hati sejak pertama kali menggunakan iPhone 5 beberapa tahun yang lalu. Terbaru, kami telah membeli sebuah table , iPad Air 4th Generation bagi kegunaan kerjaya kami.

Namun, pembelian barangan kali ini sedikit berbeza berbanding pembelian iPhone & Macbook Air kami sebelum ini. Kali ini kami berjaya membeli iPad Air 4 secara online dengan harga yang lebih murah. Bagaimana?

Beli iPad Air 4 Dengan Harga Lebih Murah Menggunakan Plan Education

Terlintas di fikiran, kenapa sebelum ini kami tidak membeli secara online di https://www.apple.com/my-k12/shop ?

Pada awal plan ini diwujudkan, ianya bertujuan membantu para pelajar untuk memiliki produk keluaran Apple. Namun, Apple turut membuka kepada semua pembeli sekiranya pembelian dilakukan di atas talian. Sebaliknya, jika anda membeli di pengedar sah Apple, anda perlu membuktikan bahawa anda seorang pelajar atau tenaga pengajar. Kad pelajar atau kad tenaga pengajar perlu dikemukan.

Melalui pembelian online di website tersebut, beberapa hari diperlukan untuk proses penghantaran. Anda juga berpeluang mengukir (engraving) sebarang ‘perkataan’ di barangan Apple yang dibeli. Ini ditawarkan secara percuma ye.

Perbezaan Harga iPad Air

Dengan pembelian iPad Air 256GB+Wifi menggunakan Education Plan, harga yang ditawarkan adalah RM3,049 termasuk kos penghantaran.

Jika anda membeli secara terus di pengedar sah Apple, harga yang ditawarkan adalah RM3,249. Anda jimat Rm200!

Cara Beli iPad Air 4 Murah

  1. Layari : https://www.apple.com/my-k12/shop
  2. Pilih item yang ingin dibeli. iPad Air
  3. Pilih spesifikasi yang diperlukan. ie: warna, kapasiti storan, connectivity, engraving dll.
  4. Semak harga.
  5. Pilih “Add To Bag”
  6. Review Bag & Tekan Check Out
  7. Anda perlu log in Apple ID. Sekiranya tiada, boleh teruskan di bawah akaun GUEST.
  8. Masukkan butiran alamat penghantaran.
  9. Teruskan dengan proses bayaran seperti arahan di skrin anda.

Berapa lama proses penghantaran?

Untuk pembelian secara atas talian, penghantaran mengambil masa lebih kurang 5-7 hari. Jika anda memohon untuk ‘engraving’, proses penghantaran mengambil masa lebih lama. Peranti Apple baru anda akan dikirim dari Apple Singapore.

Mungkin ada yang risau keselamatan item yang dibeli. Jangan risau. Pihak Apple menggunakan metod pembungkusan yang selamat. Si penghantar pula bukanlah pihak kurier biasa.

Bagi pembelian ini, kami menerima sendiri dari individu pihak kurier dalam tempoh masa yang dijanjikan. Semua OK. Tiada sebarang kerosakan.

Kesimpulan, kami sangat berpuas hati & recommend untuk anda yang ingin menikmati penjimatan hebat ini.

One Reply to “Cara Beli Apple iPad Air 4 Dengan Harga Lebih Murah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge