tutup sekolah

Arahan Penutupan Sekolah Di Negeri Selangor

Sejak semalam, ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah di Selangor tertanya-tanya apakah status terkini sesi persekolahan anak-anak selepas pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengumumkan status PKP di kebanyakan daerah di Selangor.

“Adakah sekolah-sekolah di bawah kawasan PKP akan ditutup serta-merta atau ia akan diteruskan sehingga cuti Hari Raya bermula?

Selepas menimbang kira keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri Selangor (JKKNS) pada 5 Mei 2021 yang mengesyorkan supaya sekolah ditutup pada 6 Mei hingga 12 Mei 2021, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersetuju dengan syor tersebut.

Baca Juga: Contoh Surat Kebenaran Rentas Negeri Senang Lulus!

Ini juga sebagai satu usaha untuk mengurangkan pergerakan dalam komuniti berikutan peningkatan kes COVID-19 di negeri Selangor.

KPM memutuskan agar semua sekolah bawah KPM di negeri Selangor ditutup pada 6 Mei dan 7 Mei 2021. Penutupan sekolah ini akan berterusan sehingga cuti hari raya Aidilfitri sepertimana yang diumumkan oleh KPM pada 26 April 2021.

Pengumuman awal daripada KPM ini akan memudahkan urusan pihak sekolah menyusun semula jadual peperiksaan dan mengekalkan fokus para murid. Ia juga membantu ibu bapa menyusun semula pengurusan keluarga mereka.

Pergerakan pulang murid asrama sempena cuti hari raya Aidilfitri tahun 2021 adalah sepertimana yang telah dijadualkan oleh pihak sekolah.

Bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan murid dan ibu bapa/penjaga, pihak sekolah perlu mengekalkan jadual pergerakan pulang yang telah ditetapkan.

Para ­guru turut diingat untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) berdasarkan kesesuaian dan keupayaan akses kepada komunikasi murid sepanjang tempoh penutupan sekolah.

Untuk makluman, pada 26 April lalu, Menteri Pendidikan Radzi Jidin mengumumkan bahawa sesi persekolahan selepas cuti Aidilfitri akan diteruskan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) selama dua minggu bagi menggantikan sesi bersemuka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge