Contoh Surat Kebenaran Bekerja & Rentas Negeri PKP 2.0
Walaupun Perintah Kawalan Perintah (PKP 2.0) telah dilaksanakan sejak 13 Januari dan terkini dilanjutkan sehingga 26 Januari, sektor ekonomi terutama dalam ‘perkhidmatan perlu – Essential Services’ telah dibenarkan untuk meneruskan operasi.
Bagi pekerja yang perlu hadir ke pejabat, merentas daerah atau negeri ketika PKP 2.0 kerana urusan kerja, perlulah mengemukakan Surat Pelepasan / Pas Bekerja dari pihak syarikat dan Borang Permit Rentas Negeri untuk rujukan anda.
Contoh Surat Pelepasan Bekerja Semasa Tempoh PKP (Bahasa Melayu)
Surat di bawah ini perlu dicetak menggunakan logo atau kepala surat syarikat. Paling penting ada butiran lengkap si pembawa surat seperti nama penuh, no kad pengenalan dan alamat rumah.
Tarikh: 4 Februari 2021
Kepada Pihak Yang Berkenaan,
Tuan/Puan,
SURAT KEBENARAN UNTUK BEKERJA DAN RENTAS DAERAH/NEGERI SEMASA TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PKP
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
Adalah dimaklumkan bahawa pemegang surat ini merupakan penghantar barang bagi Syarikat Lima Minit Sdn Bhd dengan nombor pendaftaran (002323-K) yang ditugaskan untuk menghantar keperluan barang basah di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
Syarikat kami bertanggungjawab membekalkan barang basah kepada pemilik perniagaan barang basah di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor bagi keperluan penduduk setempat.
Oleh yang demikian, pemilik surat ini perlu menghantar stok makanan untuk keperluan setempat. Maklumat pegang surat ini ialah;
Nama: Ali bin Abu
No KP: 830302015003
Alamat Rumah: No 3, Jalan Geng Borak, 50604 Pantai Dalam Kuala Lumpur
Sehubungan dengan itu, pihak syarikat memohon pertimbangan daripada Tuan/Puan bagi membenarkan pembawa surat ini untuk menghantar makanan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP).
Sekian, Terima Kasih.
Yang Benar,
……………….
Haji Hisyamuddin bin Nor Arriffin
Pengurus Syarikat Lima Minit Sdn Bhd
No Tel: 017-2101223
Contoh Surat Pelepasan Bekerja Semasa Tempoh PKP (Bahasa Inggeris)
Date : 4th February 2021
TO WHOM IT MAY CONCERN
Police/Army Personnel On Duty
Dear Sir,
RE: MOVEMENT PERMIT FOR EMPLOYEES OF LIMA MINIT SDN BHD SUPPORTING ESSENTIAL SERVICES
————————————————————————————————————
The Management has received urgent email from the following companies listed under Essential Services during the Movement Control Order 2.0. We provide products, support and services to the companies below:
1) Oil and Gas Industry
Ceng Oil Malaysia Trading Sdn Bhd
2) Staff
Below are the list of employees who have been permitted by the company to support the Essential Services as above.
a) Mohd Syakirin (NRIC: 830210-72-5539)
3) Contact
Should you need any confirmation and clarification, please do not hesitate to contact the undersigned.
Many thanks for your kind understanding and co-operation
Your faithfully
LIMA MINIT SDN BHD
SITI ELIZAD
Admin Manager (+6017-2112323)
Permit Rentas Negeri Bagi Bukan Pekerja
Contoh surat kebenaran di atas adalah untuk mereka yang makan gaji. Bagaimana pula untuk mereka yang bukan pekerja di sesebuah syarikat yang ingin melakukan pergerakan rentas negeri?
Untuk mereka yang ingin merentas negeri bagi tujuan kecemasan atau bekerja, perlu memuat turun dan mengisi borang rentas negeri . Selepas itu, perlu mendapat pengesahan Balai Polis berdekatan.
Anda boleh download borang permit rentas negeri PKPB di Borang Permit Pergerakan PKP.
Terima kasih. Dapat contoh surat rentas negeri, mudah sikit.
Ramai juga kawan saya kerja KL tapi rumah di Seremban
Geng Borak recently posted…Cara Mudah Import Chat WhatsApp Ke Telegram